Sunday, July 31, 2011

weekend


hari hari berjalan macam biasa, pagi kelas petang senaman. bulan puasa ni gua tak tahu macam mana dia punya schedule. yang gua tau 2nd day puasa tu gua kena extra drill sebab rambut gua panjang. cis. celaka punya pegawai disiplin. ah abai kan. so weekend ni gua kembali ke KL. yes macam biasa la hujung bulan, kehenda sosial harus dituruti memandang kan status gua yang masih soloooo ridin' solooo. malam semalam antara malam yang wasted bagi rakan sosial gua. ada yang flat, ada yang bercakap tak berhenti, ada yang jadi gatal. macam macam. gua? come on laa. gua bab handle benda benda ni memang arif. so gua antara rakan rakan yang menjaga rakan lain lah. so lepas balik dari club, ayen masih flat. terpaksa kitorang stay sampai matahari naik. merata gua ronda, naik bukit ampang, singgah kubur kristian kat cheras, then lepak titiwangsa. hell walaupun penat tapi fun laaa.

balik rumah, tak boleh tidur. gua chill chill buat breakfast untuk family sikit. blackberry gua pun dah pling pling pling, bbm dari akil dan syauqi ajak ke mapley sepanjang zaman. ali bistro. dalam kepala otak gua nak ke bandar teknologi, lama tak jumpa siti kelembai. tapi transport takda and siti kelembai pun dah buat gua shot. so gua call punya call punya call dah takde sape pickup. siti kelembai sembang lebih, baru kena sakat sikit dah merajuk. poyo la. gua call call call call sampai gua tertidur. bangun tidur terus gua usha twitter. layan quotes yang boleh memberi kesedaran dari segi rohani dan jasmani.

tap tap tap tip tup, laju gua tekan keypad. ada gaya macam maksim main piano. dalam keadaan masih mamai aku terus text ema. "jom g subway, lapar la. abg solja blanjewwww. jom?" tak sempat 5minit ema cakap dia memang otw ke aeon setiawangsa. dengan muka selebet terus cuci muka, kunyah dentyne, cucuh rokok sebatang, sarung loafer BARU kaler kunin. terus bergerak ke sana. hehehe.

lepak subway then ema macam suggest makan ice cream pun sedap. pergi baskin teruss. panjang gila beratur. hesh. but, aku jumpa junior aku time sekolah dulu. lawa wehh. comel je. rasa macam nak tegur ada tapi segan ah. dia beli ice cream yang kon tu. alahai satu scoop je. aku ckp kt ema. "ma, awek tu jakgi mesti time dia bayar ice cream tu dah habis en" ... ... ... sekali betul la wehhh! hahahahaha! tapi tapi awek tu memang comel. :D harap dapat jumpa dia lagi next time.

esok gua akan kembali ke kedah, seperti biasa. class, exercise, study study study. tak tahu bila lagi balik kl. haaaaa, nak tengok kasut baru tak? yang kunin kunin tuu. bajet sultan weh!

Thursday, July 14, 2011

Plan

apa khabar peminat gua di luar sana, lu orang mesti rindu kat gua en. lama gila gua tak update. bukan apa, hidup gua sekarang betul betul macam roda. kejap atas kejap bawah. kejap okay kejap tak okay. macam tu lah pusingan dia setiap hari.

okay cukup, lu orang pergi simpan balik pop corn sama minuman berkabonat tu balik, gua bukan nak buat cerita wayang sinetron kat sini. bulan puasa dah makin dekat. lu dah prepare? dah ready nak gi perabih moreh kat surau? hehe.

di sebab kan puasa dah dekat, gua takde cuti lagi. sibuk berganti ganti hari kerja gua. weekend gua kerja bai. dah saing saing nepal dah gua rasa. semua untuk cuti raya. jadi cuti raya gua ni kang gua tak tau nak buat apa kat rumah. gua bukan jenis kaki raya sangat. gua beraya dengan family, kawan kawan terdekat, juga rumah rumah gadis yang gua sayangi dan cintai separuh hati.

so gua ada plan nak bercuti, maybe untuk dua hari je. tapi gua tak pasti nak kemana. gua dah buat research sikit sikit port yang baik. ni gua list kan tempat yang gua nak singgah.

1. Tioman
2. Cherating
3. Langkawi
4. Hawaii
5. Miami

okay 4 and 5 tu gua tipu. so ada 3 je port yang gua rasa okay. dekat dengan kl and dekat dengan tempat pengkalan gua. erm, apa? lu orang nak follow? ehh sibuk ahh. gua nak pergi sorang. bahahahahaha. ha satu lagi, gua ada terbaca pasal spot spot menarik di kuala lumpur. bukan di lorong chow kit, bukan di complex ace atau rumah urut di bukit bintang ye. ini bar yang sambil lu sedut coke atau sirap ais tu lu boleh tengok pemandangan kl. setakat ni yang gua tau Luna Bar dengan Sky Bar je. bila gua buat review sikit sikit gua rasa sky bar lagi best. tapi luna bar pun best. boleh lepak kat luar kena angin sepoi sepoi beb. acaneeee. gua plan plan plan tapi karang habuk pun tak dak, pasal apa? pasal gua kan macam roda... fuck..


"I have never had anything in my life that I wanted to fight for so much"