Sunday, July 31, 2011

weekend


hari hari berjalan macam biasa, pagi kelas petang senaman. bulan puasa ni gua tak tahu macam mana dia punya schedule. yang gua tau 2nd day puasa tu gua kena extra drill sebab rambut gua panjang. cis. celaka punya pegawai disiplin. ah abai kan. so weekend ni gua kembali ke KL. yes macam biasa la hujung bulan, kehenda sosial harus dituruti memandang kan status gua yang masih soloooo ridin' solooo. malam semalam antara malam yang wasted bagi rakan sosial gua. ada yang flat, ada yang bercakap tak berhenti, ada yang jadi gatal. macam macam. gua? come on laa. gua bab handle benda benda ni memang arif. so gua antara rakan rakan yang menjaga rakan lain lah. so lepas balik dari club, ayen masih flat. terpaksa kitorang stay sampai matahari naik. merata gua ronda, naik bukit ampang, singgah kubur kristian kat cheras, then lepak titiwangsa. hell walaupun penat tapi fun laaa.

balik rumah, tak boleh tidur. gua chill chill buat breakfast untuk family sikit. blackberry gua pun dah pling pling pling, bbm dari akil dan syauqi ajak ke mapley sepanjang zaman. ali bistro. dalam kepala otak gua nak ke bandar teknologi, lama tak jumpa siti kelembai. tapi transport takda and siti kelembai pun dah buat gua shot. so gua call punya call punya call dah takde sape pickup. siti kelembai sembang lebih, baru kena sakat sikit dah merajuk. poyo la. gua call call call call sampai gua tertidur. bangun tidur terus gua usha twitter. layan quotes yang boleh memberi kesedaran dari segi rohani dan jasmani.

tap tap tap tip tup, laju gua tekan keypad. ada gaya macam maksim main piano. dalam keadaan masih mamai aku terus text ema. "jom g subway, lapar la. abg solja blanjewwww. jom?" tak sempat 5minit ema cakap dia memang otw ke aeon setiawangsa. dengan muka selebet terus cuci muka, kunyah dentyne, cucuh rokok sebatang, sarung loafer BARU kaler kunin. terus bergerak ke sana. hehehe.

lepak subway then ema macam suggest makan ice cream pun sedap. pergi baskin teruss. panjang gila beratur. hesh. but, aku jumpa junior aku time sekolah dulu. lawa wehh. comel je. rasa macam nak tegur ada tapi segan ah. dia beli ice cream yang kon tu. alahai satu scoop je. aku ckp kt ema. "ma, awek tu jakgi mesti time dia bayar ice cream tu dah habis en" ... ... ... sekali betul la wehhh! hahahahaha! tapi tapi awek tu memang comel. :D harap dapat jumpa dia lagi next time.

esok gua akan kembali ke kedah, seperti biasa. class, exercise, study study study. tak tahu bila lagi balik kl. haaaaa, nak tengok kasut baru tak? yang kunin kunin tuu. bajet sultan weh!

Thursday, July 14, 2011

Plan

apa khabar peminat gua di luar sana, lu orang mesti rindu kat gua en. lama gila gua tak update. bukan apa, hidup gua sekarang betul betul macam roda. kejap atas kejap bawah. kejap okay kejap tak okay. macam tu lah pusingan dia setiap hari.

okay cukup, lu orang pergi simpan balik pop corn sama minuman berkabonat tu balik, gua bukan nak buat cerita wayang sinetron kat sini. bulan puasa dah makin dekat. lu dah prepare? dah ready nak gi perabih moreh kat surau? hehe.

di sebab kan puasa dah dekat, gua takde cuti lagi. sibuk berganti ganti hari kerja gua. weekend gua kerja bai. dah saing saing nepal dah gua rasa. semua untuk cuti raya. jadi cuti raya gua ni kang gua tak tau nak buat apa kat rumah. gua bukan jenis kaki raya sangat. gua beraya dengan family, kawan kawan terdekat, juga rumah rumah gadis yang gua sayangi dan cintai separuh hati.

so gua ada plan nak bercuti, maybe untuk dua hari je. tapi gua tak pasti nak kemana. gua dah buat research sikit sikit port yang baik. ni gua list kan tempat yang gua nak singgah.

1. Tioman
2. Cherating
3. Langkawi
4. Hawaii
5. Miami

okay 4 and 5 tu gua tipu. so ada 3 je port yang gua rasa okay. dekat dengan kl and dekat dengan tempat pengkalan gua. erm, apa? lu orang nak follow? ehh sibuk ahh. gua nak pergi sorang. bahahahahaha. ha satu lagi, gua ada terbaca pasal spot spot menarik di kuala lumpur. bukan di lorong chow kit, bukan di complex ace atau rumah urut di bukit bintang ye. ini bar yang sambil lu sedut coke atau sirap ais tu lu boleh tengok pemandangan kl. setakat ni yang gua tau Luna Bar dengan Sky Bar je. bila gua buat review sikit sikit gua rasa sky bar lagi best. tapi luna bar pun best. boleh lepak kat luar kena angin sepoi sepoi beb. acaneeee. gua plan plan plan tapi karang habuk pun tak dak, pasal apa? pasal gua kan macam roda... fuck..


"I have never had anything in my life that I wanted to fight for so much"

Friday, May 20, 2011

untitled

wishlist buat diri sendiri,

sepasang black / moonshine premium knockaround


sebutir jam Casio DB520-GA


juga sepasang loafer putih, atau bak kata orang kampung gua kasut serlum.


*macam micheal cera pakai dalam youth in revolt! kena singgah zara ni,


kepada yang berkenaan, u pergi la celah bedah mana pun. kalau i nak cari you. i mesti dapat punya. now i hanya mampu melihat dari jauh serta tersenyum bila tengok u happy. dah makin tembam u ye. :)

Wednesday, May 4, 2011

saya loser

gua gagal, sentiasa gagal. loser sial. semua benda gua buat semua tak jadi. tanam pokok pun mati, bawak moto pun tergolek, kayuh basikal rantai putus. mandi pun sabun masuk mata. entah apa masalah gua tak pasti. yang pasti bila gua dah jatuh hati. mesti gua gagal, sebab kesilapan gua sendiri. shit.

Wednesday, March 9, 2011

Sunday, March 6, 2011

Saturday, February 5, 2011

Sonnet 18

salam satu malaysia woi, amacam angpau lu orang? bekepok tak dompet lu? mesti lu muak sampai muntah muntah makan buah limau kan? lu tamak sangat.. tak jadi ape pun tamak ni. gua cuti raya cina ni gua punya aktiviti fun sikit. bukan sikit. banyak lah senang cerita.

gua ada kenal sama siti kelembai wehh. muahahaha, dah tu anak buah Dr. Rozmey pulak. pergh. 2 in 1 weh. double triple ganda kegembiraan gua ni.


Nyaris berputik bunga tu, tapi gua sekat dulu dari dia kembang mekar. Gua risau sebenarnya, takut la kang gua cuma bertepuk sebelah tangan. Apa pun mission impossible gua tetap terus kan. Mungkin tanpa pengetahuan sesiapa. Biasalah gua kan ada bau bau bacang dengan mat bond. Gaya kena bajet tom kerus sikit der.

Gua nyaris tangkap cintan ni. Celaka. Ex gua mesti gelak bila gua semangat nak tangkap cintan lagi en. Ala lu orang ingat gua dah tak reti ejas chicks ke. Heh. Gua serik.

Okay bye.

Saturday, January 22, 2011

Masih Rasis Kah Kita?

semangat perkauman lu rasa masih terselit tak di benak hati kita ni? lu rasa kalau ada sepuluh warga cina keliling lu. diorang akan layan sama rata or sebaliknya? gua rasa kan negara kita masih ada unsur unsur racist bila mana lu pergi beli barang di kedai cina. mesti lu kena kapak kalau lu tak kenal tokey. betul tak?

ada sekali pengalaman gua naik bas ekspress dari utara tanah air menghala ke pusat bandar tanah air kita. enam jam perjalanan. memang tak tenang bila ada sekumpulan remaja india buat bising dalam bas. satu hal mengganggu hak orang lain. dalam bas, malam, duduk diam la kan. selamba pasang lagu disko mapley, tergedik gedik kat dalam bas. gua memang panas. dengan selamba bukak baju then cuit cuit ada chicks negro, gua tak pasti dari mana hometown niggah tu. tapi perilaku tu agak kurang ajar dan automatik memberi kesan buruk kepada pandangan tourist terhadap warga malaysia. penumpang lain semua terdiri dari warga emas, akak akak, dan abang yang jenis buat tak tau je.

gua dah memang tak boleh nak handle dah. gua pun sound la itu macha. macam biasa, bila lu ramai mesti lu lagak samseng. gua dua dengan membe gua je. nyaris makan penumbuk dah macha tu. dasar pemikiran cetek dan selalu poteng kelas pendidikan moral gua agak diorang tu. brader bas berhenti dan minta kami relax. gua bagi warning la sama itu macha. mintak fikir balik cara perilaku tu. adab tu kena ada.

memang betul apa yang gua baca dari buku Malay Dilemma oleh Che' Det. walaupun negara sudah merdeka. masih terselit semarak jaya semangat perkauman tu. gua terkenang isu hindraf, 13 mei. mungkin akan berlaku lagi bila mana semangat satu malaysia yang di war war kan tu hilang. rasa hormat antara manusia hilang. maka dengan senang 13 mei akan berulang gua rasa.

footnote : siapa selalu sorok minyak, gula, etc? gua bajet kalau kongsi pachai ni gua sorok buah limau. lu cop gua rasis tak?

Sunday, December 26, 2010

Salam Perkenalan

okay, gua cuba buang kisah silam. no more flashback or whatever bla bla bla. gua sebenarnya takde benda pun nak taip. sekarang ni, gua busy dengan kerja. sorry la chicks di laman sosial gua.. tak dapat nak hello hello u all. kesian kat buah hati gua. sunyi je. gua bukan tak sayang. lu paham je lah sendiri gua macam mana. tak boleh nak tumpu kat lu sangat. gua bukan budak sekolah lagi. ok.

selamat menyambut krismas dan tahun baru. gua ingat lagi zaman gua sekolah dulu gua pernah lepak atas bumbung nak tembang brader boroi dengan misai janggut putih tu. geram gua. kasik hadiah kat budak dia je. kat gua tak kasik. demn.! :D


footnote : banding gua dgn PM pun gua busy lagi der..

Tuesday, December 14, 2010

zip it zipp ittt!

main rahsia rahsia best en? ehehehe. swinger sampai tua pun caiya gak weh! muahahahahaha.

Friday, December 3, 2010

Masa Lapang


gua sejak basikal dah takda ni, gua layan kayuh setempat je. wakakaka.


Sunday, November 21, 2010

Lu Sunat Tak?

hujung hujung tahun macam ni sangat biasa bagi masyarakat malaysia kita buat kenduri, ye dak? memang segala macam kenduri boleh jumpa bila hujung tahun ni. meriah betul. kenduri tahlil, kenduri kahwin, kenduri cukur jambul, kenduri kendara, kenduri segala kenduri ada. musim kenduri macam ni memang saat emas yang pemburu kenduri nantikan. makan free dok. buat muka selamba jalan jalan jumpa kenduri singgah. hahaha. memang muka tembok cina beb. maklum lah raya haji gaji masuk awal, tengah tengah bulan poket kering. muak jamu biskut petak sama air kosong. layan nasi minyak la baru cun.

satu lagi hal, hujung tahun ni. banyak budak bersunat. tapi zaman sekarang sunat moden. dah tak rare la bagi gua. zaman gua dulu tok mudim dengan misai, muka bukan main sailang lagi. semua budak takut. tapi gua je paling cool. paling semangat lah gua cakap kat lu. sampai bos gua pun tak larat melayan gua. gua ingat lagi time tu. gua baru habis tadika, tahun depan nak masuk sekolah rendah. darjah satu. kerap jugak la gua pesan kat bos gua suruh sunat kan gua. bos gua angguk kan aja dengan senyum sinis kat gua tanda dia iyakan lah tu dari tafsiran gua.

gua ingat sunat tu best siak, rupanya tak! pagi tu gua semangat bangun awal mandi mandi pasal itu hari gua nak sunat beb. kemain eksaited lagi gua. gua sunat sekali dengan sedara gua, ejat. tua dari gua setahun. ijat agak berpengalaman gua kira. pasal dia muka macam cuak cuak sikit time tu. senyap je. yang gua bergelak happy tak ingat dunia. sekali tok mudim lewat sikit. janji pukul 1pm. gua tanya habis atok nenek pak long pak ngah pak cik semua mana tok mudim. sampai gua nganjing lagi tok mudim. "pukul berapa tok mudim nak datang,?" "pukul 2" gua ulang ulang lagu tu sambil berjoget joget.

okay tok mudim sampai, gua betul betul eksaited nih. kitorang beratur panjang gila. ijat gua tengok amek side side belakang je. edi anak jiran tok gua selaku anak tuan rumah jadi orang first. gua yang kedua pasal semangat sangat. edi masuk muka cuak, keluar muka steady. senyum je kat gua. gua kira semua nya akan berjalan dengan lancar lah. turn gua pulak.

masuk je, gua nampak batang pisang. pisau segala peralatan tok mudim tu. gua dah mula resah. tingkap semua bukak kasi angin. abang abang semua pengang gua. suruh duduk atas batang pisang sambil cium limau kasturi, dalam hati selawat. dia suruh pejam mata. gua pejam. chill lagi. sekali dia pegang anu gua. gua terus bukak mata. semua terus grip gua. tok mudim kasi kepit terus ZASSSS! pergh. WARGHHHHHHHHHHHHHHHH! meraung tak ingat dunia gua time tu! baru gua sedar semua yang gua sangka kan pasal sunat adalah salah. gua diangkat keluar sambil tu gua meraung kuat kuat. yang lain semua muka terus pucat. kah kah kah,

Wednesday, November 17, 2010

Semoga Panjang Umur

sudah menjadi satu tradisi turun temurun bila birthday disambut dengan kocakan serta renjisan air longkang belakang tandas. hitam likat pekat berperisa dan segala macam pelaburan adalah isi nya. itu tradisi blok gua, lain blok lain cara pemerintahan dan pentadbiran nya. walaupun blok aku di asuh dengan pentadbiran ditaktor, namun bila upacara sambutan hari jadi di sambut, hilang semua ke-ditaktor-an tu. tapi masih belum dapat di-abolish-kan sifat korupsi dalam sesuatu pentabiran. itu gua dan yang lain masih mencari jalan penyelesaian cara profesional atau beradab dan penuh kesopanan.


okay sambutan hari lahir mesti lah menepati kehendak ini, birthday boy, geng saliran mata satu, serta senior sebagai pemantau. penyamaran supaya identiti tidak diketahui, itu salah satu bab dari Ilmu Medan Perang bahagian II yang masih kami aplikasikan lagi. bahasa isyarat tak diperlukan kerana musuh / birthday boy hanya seorang dan pasti tak kan dapat melakukan apa apa tindakan jika maklumat bocor ke pihak musuh.


ini sekadar preview untuk post gua yang akan datang, kasi trailer sikit untuk lu orang. isu birthday party ni gua harap tak sampai ke pihak yang tak sepatut nya. amaran keras untuk lu orang cuba men-download video yang bakal gua upload kan di episod akan datang. gua ingat kan ni, ini semua cuma gurauan. gurauan soldadu terlatih memang agak kasar pada zahir nya. semangat sorang salah semua kena jadi pegangan. sekian.

Monday, November 15, 2010

Chicks are drama. Love is
stupid. kissing is fun. getting
attached is pointless. don't
fall in love, don't get hurt.

Saturday, November 13, 2010

Desperados

Dia punya desperate sampai tahap kena jadi anynomous. Desperate gilaa. Ada sikit la gua rasa terkilan. Sikit rasa menyesal. Sikit rasa terbuang. Campur semua tu equal to loser la sng cte.. Loser gua boleh sama kan dengan.. Putus harapan? Ok give up. Bye.

Sunday, November 7, 2010

Abang Tiesto, Daft Punk, dan Seangkatan. Sorry

gua masuk club duduk belakang, jadi macam siput. entah kenapa feel gua nak sapel ke, tektonik ke, joget lambak ke, semua hilang. apa cerita? nak 2step tak berhagak la. gua dapat rasa sikit memang lepas ni gua tak masuk dah. geram der tengok chicks tergedik gedik. tapi sayang gua tak into disko disko ni. sorry abang tiesto, gua memang layan muzik lu. tapi dalam kereta je lah kot.

gua rasa kalau crowd kat club tu buat stage dive memang gua dah shuffle dah dalam tu.

buah tangan zaman gua true true dulu

Friday, November 5, 2010

Iron Maiden Dan Hatebreed

gua sikit terbakar bila Iron Maiden turun singapore tapi tak turun malaysia. kempunan gua nak tengok band legend ni. Hatebreed pun sama. cilaka betul la. sapa yang ada nak pergi tengok iron maiden tu, hello gua please. gua nak pesan buah tangan, buah kaki, segala macam buah la. ala nanti gua kasi upah lu ketum sebungkus. ahaha. but serioushit, im not joking,pepepepelishhhhh.

ini flyers Iron Maiden
ini pulak Hatebreed

hatebreed semalam dah jalan, tadi pagi dia turun johor lepak pekena lontong goreng kat batu pahat dengan gua. bepeluh sakan makan pedas. tak hardcore la kalau tak makan pedas derrr. hahaha. gua kasi selit la satu video iron maiden - the trooper X saving private ryan. baru ada rasa trooper!




Flashback

kisah lama ada pahit ada manis dia, dia la racun dia la penawar nya. gua cari lu bagai nak gila bukan pasal gua nak ejas lu balik, percaya la. walaupun memang gua ada niat macam tu kat lu orang. tapi gua kerat dua je lah niat tu. pasal gua sekarang memang takda passion dalam nak ejas lu orang balik. gua pun takda masa untuk senantiasa teman lu orang. itu pasal gua reject je niat tu.

*gambar lu orang gua kasik invi je lah*
buat sakit hati gua je tenung lama lama



alahai.. gua tak kebulur pun nak sambung atau cuba menyambung apa apa relationship yang pernah putus. cuma gua teringin bebenor nak tanya khabar. apa sihat ke mati ke, ye dak? mentaliti gua sebagai seorang soldadu terlatih masih steadyyyy. takda gf pun bukan gaji gua kena potong. untung untung gua potong kos untuk gf masuk akaun simpanan. ada rezeki boleh la orang tua gua naik haji dan hajah. ye dak. aminnn. :)

footnote : gua boleh bajet la chatbox gua mesti kena serang. eh, amacam kosa kata gua? teratur dan sopan kan kan kan? haha.

*kasi goreng lagu sikit, baru ada umph*

Thursday, November 4, 2010

Fizik, Gua, Dan Fizik Lagi

lu ingat dia sorang je cecah siku?

okay pengkalan gua tenggelam penangan hujan sehari suntuk, tambah empangan thailand pun bukak, elok dia punya tenggelam takat lutut sekarang naik sampai dada dah. gua suka, gua geram pun ada. suka pasal gua boleh gerak balik cuti. yang gua geram pasal habis kain baju gua dalam locker tu. demit. pertama kali gua jadi mangsa banjir. hilang mood habis. gua nak mandi pun tak semangat. dua hari lepak dewan gua ulang tayang prison break je. biasa lah gua kat sana macam dalam prison. kang gua pun nak buat tatoo blueprint tapak kem gua kat satu badan. senang nak fly.

banjir kan, so gua layan renang itik kejap, sedar sedar gua sampai kl. nasib tak lemas. memang gua tak dapat nak bayang perasaan lega bila nampak masjid jamek. tapi gua layan hanyut sampai sungai longkang tepi stesen lrt damai tu. dekat sikit dengan rumah gua. okay itu gua gebang.

bila balik kl automatik popup keluar dalam minda gua, ex ex ex ex ex, fedap la gua macam ni. sapa sapa tau format memori manusia nanti kasi hello gua. gua ingat nak format memori sama tambah ram. tak larat hafal formula dah ni. sampai tahap gua naik teksi pun gua suruh drebar tu teka brapa acceleration teksi tu. itu belum gua layan drebar treler, teketor ketor tekan kakulator bila gua tanya berapa average speed treler dia minggu lepas punya trip.

ini gua balik kl, kusut sikit pun ada. esok gua ingat nak hantar superb kasik setting dia punya suspension. kasi daya serapan dia tu umphh sikit time gua korner. takda la gua sibuk mengucap je time layan korner cecah siku. ini comfirm esok gua tanya macam macam soalan fizik kat pomen ah fai tu. dah la gua datang je kedai suruh gua angkat cbr 100rr. gua cakap apa pasal gua mau angkat itu moto? "itu moto amoi magnet maaaa, balu lu boleh bawak awek ride pusing satu townn!" celaka lu, nasib gua seorang yang penuh sopan santun serta teratur tatasusila nya. ingat gua kaki sapu amoi ke. cis.

gua bila ingat ex gua automatik ingat summer, gua benci summer.



Saturday, October 16, 2010

GBS

mat, handset hang beli berapa duit?

emm, 2 lebih gak la aku kena. rugi sial beli. sekarang 1.3 je kat kedai.

apa hat yang sempoi sangat handset hang tu selain touchscreen tu?

wuih, macam macam. market pun market, tapi paling best dia ada GBS.

ouhhh. GBS? apa tu?

ala yang tunjuk jalan tu. takde la aku sesat nanti.

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA