Sunday, November 21, 2010

Lu Sunat Tak?

hujung hujung tahun macam ni sangat biasa bagi masyarakat malaysia kita buat kenduri, ye dak? memang segala macam kenduri boleh jumpa bila hujung tahun ni. meriah betul. kenduri tahlil, kenduri kahwin, kenduri cukur jambul, kenduri kendara, kenduri segala kenduri ada. musim kenduri macam ni memang saat emas yang pemburu kenduri nantikan. makan free dok. buat muka selamba jalan jalan jumpa kenduri singgah. hahaha. memang muka tembok cina beb. maklum lah raya haji gaji masuk awal, tengah tengah bulan poket kering. muak jamu biskut petak sama air kosong. layan nasi minyak la baru cun.

satu lagi hal, hujung tahun ni. banyak budak bersunat. tapi zaman sekarang sunat moden. dah tak rare la bagi gua. zaman gua dulu tok mudim dengan misai, muka bukan main sailang lagi. semua budak takut. tapi gua je paling cool. paling semangat lah gua cakap kat lu. sampai bos gua pun tak larat melayan gua. gua ingat lagi time tu. gua baru habis tadika, tahun depan nak masuk sekolah rendah. darjah satu. kerap jugak la gua pesan kat bos gua suruh sunat kan gua. bos gua angguk kan aja dengan senyum sinis kat gua tanda dia iyakan lah tu dari tafsiran gua.

gua ingat sunat tu best siak, rupanya tak! pagi tu gua semangat bangun awal mandi mandi pasal itu hari gua nak sunat beb. kemain eksaited lagi gua. gua sunat sekali dengan sedara gua, ejat. tua dari gua setahun. ijat agak berpengalaman gua kira. pasal dia muka macam cuak cuak sikit time tu. senyap je. yang gua bergelak happy tak ingat dunia. sekali tok mudim lewat sikit. janji pukul 1pm. gua tanya habis atok nenek pak long pak ngah pak cik semua mana tok mudim. sampai gua nganjing lagi tok mudim. "pukul berapa tok mudim nak datang,?" "pukul 2" gua ulang ulang lagu tu sambil berjoget joget.

okay tok mudim sampai, gua betul betul eksaited nih. kitorang beratur panjang gila. ijat gua tengok amek side side belakang je. edi anak jiran tok gua selaku anak tuan rumah jadi orang first. gua yang kedua pasal semangat sangat. edi masuk muka cuak, keluar muka steady. senyum je kat gua. gua kira semua nya akan berjalan dengan lancar lah. turn gua pulak.

masuk je, gua nampak batang pisang. pisau segala peralatan tok mudim tu. gua dah mula resah. tingkap semua bukak kasi angin. abang abang semua pengang gua. suruh duduk atas batang pisang sambil cium limau kasturi, dalam hati selawat. dia suruh pejam mata. gua pejam. chill lagi. sekali dia pegang anu gua. gua terus bukak mata. semua terus grip gua. tok mudim kasi kepit terus ZASSSS! pergh. WARGHHHHHHHHHHHHHHHH! meraung tak ingat dunia gua time tu! baru gua sedar semua yang gua sangka kan pasal sunat adalah salah. gua diangkat keluar sambil tu gua meraung kuat kuat. yang lain semua muka terus pucat. kah kah kah,

Wednesday, November 17, 2010

Semoga Panjang Umur

sudah menjadi satu tradisi turun temurun bila birthday disambut dengan kocakan serta renjisan air longkang belakang tandas. hitam likat pekat berperisa dan segala macam pelaburan adalah isi nya. itu tradisi blok gua, lain blok lain cara pemerintahan dan pentadbiran nya. walaupun blok aku di asuh dengan pentadbiran ditaktor, namun bila upacara sambutan hari jadi di sambut, hilang semua ke-ditaktor-an tu. tapi masih belum dapat di-abolish-kan sifat korupsi dalam sesuatu pentabiran. itu gua dan yang lain masih mencari jalan penyelesaian cara profesional atau beradab dan penuh kesopanan.


okay sambutan hari lahir mesti lah menepati kehendak ini, birthday boy, geng saliran mata satu, serta senior sebagai pemantau. penyamaran supaya identiti tidak diketahui, itu salah satu bab dari Ilmu Medan Perang bahagian II yang masih kami aplikasikan lagi. bahasa isyarat tak diperlukan kerana musuh / birthday boy hanya seorang dan pasti tak kan dapat melakukan apa apa tindakan jika maklumat bocor ke pihak musuh.


ini sekadar preview untuk post gua yang akan datang, kasi trailer sikit untuk lu orang. isu birthday party ni gua harap tak sampai ke pihak yang tak sepatut nya. amaran keras untuk lu orang cuba men-download video yang bakal gua upload kan di episod akan datang. gua ingat kan ni, ini semua cuma gurauan. gurauan soldadu terlatih memang agak kasar pada zahir nya. semangat sorang salah semua kena jadi pegangan. sekian.

Monday, November 15, 2010

Chicks are drama. Love is
stupid. kissing is fun. getting
attached is pointless. don't
fall in love, don't get hurt.

Saturday, November 13, 2010

Desperados

Dia punya desperate sampai tahap kena jadi anynomous. Desperate gilaa. Ada sikit la gua rasa terkilan. Sikit rasa menyesal. Sikit rasa terbuang. Campur semua tu equal to loser la sng cte.. Loser gua boleh sama kan dengan.. Putus harapan? Ok give up. Bye.

Sunday, November 7, 2010

Abang Tiesto, Daft Punk, dan Seangkatan. Sorry

gua masuk club duduk belakang, jadi macam siput. entah kenapa feel gua nak sapel ke, tektonik ke, joget lambak ke, semua hilang. apa cerita? nak 2step tak berhagak la. gua dapat rasa sikit memang lepas ni gua tak masuk dah. geram der tengok chicks tergedik gedik. tapi sayang gua tak into disko disko ni. sorry abang tiesto, gua memang layan muzik lu. tapi dalam kereta je lah kot.

gua rasa kalau crowd kat club tu buat stage dive memang gua dah shuffle dah dalam tu.

buah tangan zaman gua true true dulu

Friday, November 5, 2010

Iron Maiden Dan Hatebreed

gua sikit terbakar bila Iron Maiden turun singapore tapi tak turun malaysia. kempunan gua nak tengok band legend ni. Hatebreed pun sama. cilaka betul la. sapa yang ada nak pergi tengok iron maiden tu, hello gua please. gua nak pesan buah tangan, buah kaki, segala macam buah la. ala nanti gua kasi upah lu ketum sebungkus. ahaha. but serioushit, im not joking,pepepepelishhhhh.

ini flyers Iron Maiden
ini pulak Hatebreed

hatebreed semalam dah jalan, tadi pagi dia turun johor lepak pekena lontong goreng kat batu pahat dengan gua. bepeluh sakan makan pedas. tak hardcore la kalau tak makan pedas derrr. hahaha. gua kasi selit la satu video iron maiden - the trooper X saving private ryan. baru ada rasa trooper!




Flashback

kisah lama ada pahit ada manis dia, dia la racun dia la penawar nya. gua cari lu bagai nak gila bukan pasal gua nak ejas lu balik, percaya la. walaupun memang gua ada niat macam tu kat lu orang. tapi gua kerat dua je lah niat tu. pasal gua sekarang memang takda passion dalam nak ejas lu orang balik. gua pun takda masa untuk senantiasa teman lu orang. itu pasal gua reject je niat tu.

*gambar lu orang gua kasik invi je lah*
buat sakit hati gua je tenung lama lama



alahai.. gua tak kebulur pun nak sambung atau cuba menyambung apa apa relationship yang pernah putus. cuma gua teringin bebenor nak tanya khabar. apa sihat ke mati ke, ye dak? mentaliti gua sebagai seorang soldadu terlatih masih steadyyyy. takda gf pun bukan gaji gua kena potong. untung untung gua potong kos untuk gf masuk akaun simpanan. ada rezeki boleh la orang tua gua naik haji dan hajah. ye dak. aminnn. :)

footnote : gua boleh bajet la chatbox gua mesti kena serang. eh, amacam kosa kata gua? teratur dan sopan kan kan kan? haha.

*kasi goreng lagu sikit, baru ada umph*