Wednesday, May 20, 2009

jangan baca. bsn.

assalamualaikum, erm dah lama jugak aku tak layan blog. busy giler aku dengan training aku neh.. oh lupa, sekarang ne aku dah start training kat hotel istana, jln raja chulan KL. aku start sejak dua minggu lepas lagi. tapi memandang kan aku ditempat kan di bawah malay kitchen, so aku agak busy.. banyak benda aku nak kena buat dan belajar. balek rumah gila tak larat. teros tido bangun2 dah esk dah.

tapi lepas dua minggu dari 4hb mei tu, aku transfer ke coffee house punya kitchen. memang layannn. keje aku jaga buffet jer utk breakfast and lunch. jauh beza masa aku dok kt kitchen malay macam2 aku kena buat. ulam2an, kerabu lah, pastu nak kena present gempak2, smpai kering otak aku perah idea nak buat garnishing. :D start dari isnin lepas aku masuk kitchen coffee house a.k.a taman sari. macam2 gelagat aku tengok. ada guest yang banyak tanya. letih aku nak bgtahu. ada yang tak reti berbahasa inggeris. kdg2 mcm aku brcakap dengan org bisu. kat taman sari tu ada penolong executive chef, nama beliau chef kumar.. bak datang dye punya menggelabah. lagi2 klu gm ngan exe chef aku msk. bg chief f&b da cukup buat beliau mngelabah. aku bukan nak kutuk. cuma chef ne kaki kalut gila gaban lah. aku tgh buat omelette sebok gak g kacau aku mrh sbb tak senyum lah apa lah. haih.

apa yang aku belajar kat sana ialah,.... jadi lah "kaki wayang" supaya kita nampak busy dengan kerja dan sentiasa disayangi bos.. haha.

No comments:

Post a Comment