Monday, August 31, 2009

[WTS] Fisheye Lomography White Edition

im just helping my friend selling his camera,






(used) Fisheye 2
Date Purchase : 05/09 (mooks pavilion)
Condition : 9/10
Price : 200
Cod : KL, Any Putra LRT Station.
017-2077857

Selamat Hari Kebangsaan Yang Ke-52

gua takda benda nak cerita, rancangan gua tak menjadi. layan aja video ni.




notakaki : gua tak perasan pun yang gua tak countdown merdeka. -_-"

Friday, August 28, 2009

All City Tricks Comp 2009

notakaki : :D

Beat It Cover

ini hasil MJ di alam kubur, suara beliau lebih kasar dan ada ura ura mengata kan beliau telah beralih arah ke scene yang lebih ekstrem gara gara tidak sebulu dengan para wartawan yang sering menuduh beliau sutun.. zass~

click SINI

notakaki : padahal gua auta je, kalau lu orang sekolah tinggi mesti korang faham kan.

Thursday, August 27, 2009

problem alert

di atas perang saudara yang berlaku, gua terpaksa tutup ruang memaki hamun untuk seketika. kepada brader di luar sana yang kempunan nak memaki tu bawak bersabar ye. hari ni selesai sudah perang gua, jalan penyelesaian cara baik tetap menemui jalan buntu. gua redha.

notakaki : selamat ber-puasa, weee wooo.

Lu Orang Memang DEGIL!

gua dah cakap dengan lu. jangan sebok korek cerita peribadi gua. lu degil nak masuk campur, lu degil. lu orang memang degil. dua dua degil! gua dah cakap, jangan layan dia, gua dah cakap, jangan masuk campur. lu orang degil jugak kan. sekarang tengok, gua yang tersekat! gua! lu orang syok la tengok gua tersekat.

notakaki : bodoh lah macam ni. baik gua tidur.

Wednesday, August 26, 2009

KAYUHAN MERDEKA

setelah gua teliti dan kaji dengan teperinci cadangan faisal untuk kayuhan merdeka, gua dah jumpa satu motif atau hala tuju kayuhan kami. gua rasa gua akan ke sini. ayuh sertai kayuhan kami yang tak seberapa ni.. kami tak hot, kami cool. wtf man? haha,



notakaki : jumpa anda di sana.

Tuesday, August 25, 2009

Luar Keras Dalam Lembut

lu orang pernah makan coklat cadbury yang luar keras dalam lembut tak? mesti pernah punya kan. gua nak beri perumpamaan ni dekat kawan gua, luar keras dalam lembut macam coklat cadbury lah lu! gua bukan apa, member member ni. gua bukan nak bergaduh tapi lu sedar sendiri la. dulu lu cakap kat gua lu budak setiawangsa, setakat kena bahan kena ranjau ni lu dah biasa, lu kata telinga lu kebal? ini gua bagi tepek sekali lu dah touching.. chill la brader, takkan sebab benda kecil pun lu nak touching? lu hati kaca ke? haha. kalau lu marah kat gua, gua mintak maaf banyak2 la walaupun raya belum lagi. kalau lu nak sparing dengan gua pun tak pa la.. gua redha, member2 eq member2..

notakaki : lu dah sejuk lu msg la gua,

Cis, Dugaan!

hidup gua tak tenteram, gua nak puasa pun susah. emosi gua terganggu gara-gara nombor tak dikenali kerap membuat panggilan rindu, dan menghantar mesej yang kurang difahami. kepada hamba allah di luar sana yang nak pedajal gua, gua takkan makan umpan bodoh lu orang tu beb! takkan!

notakaki : lu orang ingat gua ayam ayam ke.

Monday, August 24, 2009

Hari Tanpa Seluar!




gua no komen, lu orang baca sendiri.
link

Friday, August 21, 2009

Selamat Berpuasa

esok dah puasa, malam ni ayuh ke terawih. :) selamat berpuasa buat semua.

Thursday, August 20, 2009

Che' Kiah Dan Abang Cawat

gua takda kerja, gua terbaca balik kisah che'kiah dan abg cawat. gua bukan apa, gua tak sangka abg cawat ni matured! weee wooo. abg cawat kena puji gua yang over. LOL.

Che' Kiah :) : Well masa mula2
Che' Kiah :) : I suka chat dgn you sbb. Hahah entah.
Che' Kiah :) : Sebab you melayan kot
Che' Kiah :) : But then, after a while i rasa you ni mcm
Che' Kiah :) : more matured than most of the guys i know
Che' Kiah :) : And i like your picture heheh
Che' Kiah :) : I suka baca blog you sbb the way you write is funny
Che' Kiah :) : Idk, i just had this feeling.
Che' Kiah :) : I knew i liked you, and then.. Jengjengjeng
Che' Kiah :) : Jadilah sekarang
Abang Cawat : amin~

notakaki : apahal? lu orang nak nganjing gua jambu? eleh.

!@#$%

i know who i am and i will drowning again, soon!

Wednesday, August 19, 2009

Kayuh Sampai Longgar

brand ni je yang gua mampu. jap gua quote jibam pasal harga camera tadi. "harga mampu milik" diikut dengan suara suara lain "dah macam rumah mampu milik" haha. gua bukan apa beli bendalah ni.. gua nak mengayuh je, gua nak exercise. mak gua kata baik beli basikal yang takda tayar tu, takda la gua ke hulu ke hilir sampai 2-3 pagi. haha.



AUTOBOTS TRANSFORM AND ROLL OUT!



notakaki : weeeee. :D

Kepada Yang Berkenaan

Gua copy paste dari obree punya bulletin kat myspace.
baca dan renung2 kan lahhh....

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!..... .. Bacalah dan Renungkanlah. ...

Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga Kristian.. Bapa saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja di satu kawasan di Sabah .

Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh negeri! kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000!!!

Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah ke rumah.. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian, pakaian dan buku sekolah dan sebagainya.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek.. Hasilnya kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam yang dimurtadkan! Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam Persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian.. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam.

Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya ke rumah cikgu..." Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu.

Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama islam, agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-

1- Mengapa orang Islam sembah Kaabah

2-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.

3-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.

4-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.

5-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya.

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-
kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal.

Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.

- Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. -

Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep ketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu ke rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu
menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.

Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang ke rumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah.. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang
berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.

Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga.

Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata, "mengapa Johanis..... awak mengigau.... "

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya........ .".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu..

Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu!

Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.

Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya... Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur . Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah! Saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam.. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.

Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan.. Biarlah saya jadi pendakwah bebas.

Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang...kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan Kualiti bukan Kuantiti saja!

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. saya sayang emak. saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak saya dunia dan akhirat...

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah, emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita...... .. Ayah saya menganut Agama Islam!

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata.....saya bayangkan ayah dihadapan... saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama..... ...Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu.

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.

Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan Sunnah Rasul.. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.. .

Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya? Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam.

Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya, "You apa tahu... Islampun baru setahun jagung...... "

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu.. Kalau ini sikap pendakwah... ...Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam!!! Kerana itu saya ajak menghayati Islam.

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam!!!

Apa tauliah awak , mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis, sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura belajar Islam.....jatuh cinta...lalu dimurtadkan. .

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia (UPM) !!! Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam!!!

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'.

Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. KALAU TERMINUM, cari air kolah dari 3 masjid... Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 Qul 1x, dan Selawat. Ambil
sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.

InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah!! !

TOLONG FORWARDKAN!! !
Demi islam.....Demi agama yang tercinta...insyaAll ah...

HALALKAH REZEKI KITA.....???
BIARLAH 10 SEN HALAL DARIPADA BERIBU BERJUTA YANG HARAM!!!!!!!
KITA MAKAN....... BAGI ANAK - ANAK KITA MAKAN....... NAK SELAMAT DI
AKHIRAT ??? KITA KEKAL SELAMANYA DI SANA !!!
RENUNGKANLAH. ............ ..WASSALAM! !

Tuesday, August 18, 2009

Roadie VS Hipster Rap



notakaki : fixie cuma satu fashion, so? tak salah kan?

Monday, August 17, 2009

PEPSI?

gua tau lu orang mesti pernah minum air pepsi kan. sekarang kat malaysia air dalam botol kaca ni dah susah nak jumpa. Dulu gua kecik kecik duduk kampung ada lagi. 80sen sebotol, botol pulang balik kat tokey~ Ni ha gua nak tunjuk kat lu orang cara dorang produce PEPSI dalam botol di India dan Pakistan.


(dia pilih pewarna pepsi dulu)


(lepas tu basuh dulu botol yang dibeli balik dari tokey)


(gosok lagi kasi bersihh)


(dia letak botol dalam tray)


(haaa, lu tengok dia buat apa tu)


(dia check ada ke tak buih tu)


(dia isi gas pulak, baru lu orang terasa air berkabonat)


(dia ambik tudung botol)


(lepas tu dia tutup la apa lagi)


(check quality dannnn successsssss)

p/s : nasib baik kat malaysia dah tak jumpa air gas pakai botol kaca ni. kalau tak mesti lu orang geli sial nak minum.

Arghh Gua Bukan MAT REMPIT!

Lu orang nak dengki dengan gua apahal. asal bawak 125z mat rempit. asal 125z lu orang panggil gua madi. haih. gua bukan mat rempit. malaysia ni bodoh, mat rempit sekarang ni semua kena cop kaki ragut, rogol, perosak. what the f la, gua adalah individu yang membawa secara melulu, gua bukan perogol, gua bukan peragut dll lagi. gua pelesit jalanan. :) ni ha lu orang tengok sendiri.


Hah, lu orang nak paggil dia mat rempit ke mat rock kapak?

p/s : fuck media dan jiran tetangga gua mulut macam haram~

Sunday, August 16, 2009

IKON LOMOGRAFI REMAJA!

wah wah wah,berita lama menjadi bualan setiap chicks SPM di rumah gua, "abang kawan dengan ikon tu ke" "boleh abang tolong kirim salam kat dia tak" "abang nanti tolong mintak sain dia ya". penat sial melayan karenah chicks SPM ni, bukan nak kat gua pun. nak kat ikon tu je. patut la semenjak dua menjak ni banyak gila chicks hantar bunga, coklat, kad harijadi(padahal birthday gua dah lepas!). rupa rupanya nak ikut gua lepak dengan ikon. haha.


(sampai tertido beb gua baca majalah FOKUS ni)



(nizam pun lepas baca je majalah ni terus lentok dek penangan jambu ikon)

p/s : pergh, baca buku diana beb! fine fine lepas ni mesti chicks SPM kejar dia.

Wednesday, August 12, 2009

Pokok Khuldi ganti hubungan seks?

Dua hari lepas ke semalam gua ada terbaca benda ni. Tadi time tt gua ada cerita pasal benda ni, so balik gua terus jumpa brader google. Ada sedikit informasi gua nak share~ :D

Oleh DR. MAHMOOD ZUHDI ABD. MAJID

SEBAGAIMANA ternyata, tidak ada keterangan secara langsung sama ada dari al-Quran atau al-Sunah tentang 'pokok khuldi' itu. Kerana itu ia terdedah kepada tafsiran ijtihad.

Dalam al-Quran, selain dalam ayat-ayat berkenaan, perkataan syajarah atau seumpamanya disebut sebanyak 20 kali. Dan dalam jumlah itu, bukan semua perkataan berkenaan digunakan dalam pengertian yang hakiki.

Antara contoh penggunaan tidak hakiki bagi perkataan berkenaan ialah Syajarah al-zakum meskipun ia diterjemahkan dengan berbagai-bagai jenis pokok tetapi ternyata konsepnya lebih bersifat majazi.

Ini bererti menggunakan perkataan syajarah bagi mengertikan seks secara majazi bukan suatu yang jelas tidak tepat. Malah kalau dipadankan dengan perkataan harth atau ladang sebagai lambang isteri, penggunaan syajarah atau pokok sebagai ladang seks munasabah sekali.

Seks Adam dan Hawa

Satu asas lain ialah adanya sebutan tentang 'kemaluan' Adam dan Hawa dalam ayat-ayat berkenaan. Sehubungan dengan ini plot cerita berkenaan lebih kurang begini.

Syaitan dengan tujuan menelanjangi Adam dan Hawa sehingga menampakkan kemaluan kedua-duanya menggesa mereka berdua 'mengecapi' pokok terlarang itu.

Plot ini agak jelas menunjukkan, maksud pokok itu ialah seks dan perbuatan memakan atau merasai itu sebenarnya mengadakan hubungan jenis. Kalau tidak kurang jelas relevannya soal 'kemaluan' itu disebut di situ.

Dalam ayat 20 surah al-A'raf Allah bermaksud; Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata:

"Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang yang kekal (selama-lamanya di dalam syurga)".

Malah dalam ayat 22 surah yang sama, Allah menceritakan apabila mereka berdua mengecap (zaqo) pokok terlarang itu maka kemaluan-kemaluan mereka pun terdedah dan dapat dilihat oleh mereka sendiri.

Firman Allah: Dengan sebab ini dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing…(al-A'raf: 22)

Cerita yang sama bentuknya juga terdapat dalam ayat 121 surah Taha. Mengulas ayat 20 surah al-A'raf, Syed Qutb menyebut: "Mereka kedua-duanya ada kemaluan. Tetapi sebelum itu tertutup dan tidak dapat dilihat oleh mereka.

"Daripada plot cerita, kemaluan tersebut bersifat fizikal yang memerlukan ditutup secara material. Begitu pun sebelum itu mereka berdua tidak diberitahu tujuan diadakan kemaluan itu".

Dalam ayat 121 surah Taha, Syed Qutb menyebut, Allah menggunakan ungkapan "fabadat lahuma Sau Aa Tuhuma" dan tidak "fabadat Sau Aa Tahuma", kerana ia menekankan hakikat. Sebelum itu mereka berdua tidak nampak kemaluan itu. Hanya apabila didorong oleh sesuatu perasaan dari dalam baru mereka nampak kemaluan-kemaluan itu.

Sebelum itu Syed Qutb menyebut kemungkinan pendedahan kemaluan itu ada kaitan dengan bangkitnya naluri seks dalam diri masing-masing. Dengan lain perkataan, suatu kesedaran seks telah berlaku dalam diri kedua-dua mereka.

Terpedaya Untuk Kekal

Satu hal lain yang boleh dihubungkan dengan andaian berkenaan ialah persoalan khulud atau 'kekal'. Dalam ayat-ayat 20 surah al-A'raf dan 120 surah Taha, ada ditonjolkan soal ini.

Ayat-ayat berkenaan menceritakan bagaimana iblis menggunakan isu khulud atau kekal sebagai satu daya penarik.

Dalam surah Taha pula Allah berfirman, menceritakan: Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata: "Wahai Adam, mahukah, Aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?"

Mengulas ayat 20 surah al-A'raf al-Qurtubi menyebut satu pendapat ulama, Adam inginkan khulud atau kekekalan kerana dia tahu para malaikat tidak akan mati sehinggalah hari kiamat.

Syed Qutb pula mengulas isu yang ditimbulkan oleh syaitan ialah "melepaskan diri dari ikatan tubuh seperti malaikat serta bersifat kekal atau khulud". Namun beliau lebih tertarik dengan bacaan Ibnu Abbas iaitu Mulkin.

Kata beliau bacaan ini sesuai dengan apa yang terdapat dalam ayat 120 surah Taha. Berasaskan bacaan ini Syed Qutb mentafsirkan, "Pujukan itu berasaskan kepada kuasa dan umur yang kekal berpanjangan iaitu dua nafsu yang paling kuat dalam diri manusia". Beliau kemudiannya menghubungkan nafsu-nafsu ini dengan seks.

Kata beliau: "Nafsu seks itu sendiri ialah satu jalan ke arah merealisasikan nafsu khulud dengan cara melahirkan keturunan dari generasi ke generasi".

Agak jelas sama ada dari aspek plot mahupun gaya, ada tanda-tanda menunjukkan, yang disebut sebagai pokok terlarang dalam ayat-ayat berkenaan ialah seks. Dan atas dorongan untuk kekal hidup di dalam syurga, sebagaimana yang diperdayakan oleh syaitan kepada mereka, Adam dan Hawa melakukan hubungan jenis itu sekali gus melupai larangan Tuhan.

Semua ini ada hubung kaitnya dengan perancangan Allah untuk menghantar manusia ke bumi sebagai unsur yang membangun.

Cuma yang menjadi persoalannya, tidak ada mufassirin (setakat yang diketahui) yang berpendapat begitu. Paling hampir ialah zilal, tetapi tidak tegas dan terlalu umum.

*Tulisan Prof. Dr. Mahmood Zuhdi ini dipetik daripada majalah Al Islam keluaran Ogos 2009, yang mula berada di pasaran pada 17 Julai lalu. Artikel-artikel lain yang menarik dalam keluaran tersebut.

Monday, August 10, 2009

Memori

Jumaat lepas gua sekeluarga bertandang ke rumah mak sedara gua di Kemunting, Perak. Ada buat kenduri doa selamat sikit. Jadi gua pun terasa nak pergi melawat rumah, sekolah, dan apa apa memori lama gua di Taiping, Perak. Dengan Honda Ex5 berkapasiti 99cc gua lenjan ke pekan taiping.. jemput makan~


ini ha rumah gua masa dulu dulu, seram doh rumah ni.. tinggalan zaman perang british dulu dulu. wooooooo~


Gua masih ingat zaman gua sekolah sini dulu, semua budak lelaki. memang nakal.. lu orang ingat tak zaman kecik2 dulu korang pernah conteng kapur bawah meja, letak paku payung atas kerusi member, paling tak tahan kalau member tido. sekali tarik meja, sujud terus! haha.


holgarama tak menjadi

Holga X Kodak E100VS
FotoMega WM

Friday, August 7, 2009

LAPAR!



malam ni tiba tiba hati gua terdetik nak makan kek! ughh. gua lapar gila. teringat cake dekat rumah Ema yang gua sita beberapa hari lepas. sita? biasa lah. DBKL. haha. tapi serious serioushit gua lapar gilaaaa! gua nak cake!

p/s : teringat gua masa zaman sekolah, "Big Apple"

Thursday, August 6, 2009

13th Floor KLCC - True Story

Malam semalam gua dengan Madi KURUS bosan gila babi tahap paling tertinggi. Lepas layan game bunuh zombie secara beregu. Kami jadi hilang arah tak tahu hendak kemana. Madi bagi cadangan ronda ronda KL. Gua pun follow je cadangan beliau. Kitorang pergi skate park (skate park lah sangat en) haha. Dua orang je ada kat sana. sorang main skate sorang lagi main in-line skate. Bosan.. Madi start cerita hantu kat gua. Gua layan, kitorang bukak topic pasal hantu klcc. Dengar kata ada satu tingkat dekat klcc dikosong kan sebagai pampasan kepada hantu hantu klcc. haha. Gua pun buat la research sikit. Google punya google gua jumpa satu cerita ni.

Bismillahirahmanirahimmm~


Baik-baik bila pergi ke KLCC..bawa kawan jangan sorang-sorang. Kisah benar yangmengerikan lagi menyeramkan ini terjadi kepada seorang staff lelakiyang bekerja di tingkat 40 bangunan KLCC. Padahari tersebut (hari khamis malam jum'at) beliau ada membuat OT danterpaksa pulang agak lewat kira-kira jam 11 malam sendirian... .Sampaidi depan lif, dia pun tekan tombol untuk turun. Kemudian,pintu liftterbuka tanpa ada siapa2 didalamnya.. . Dia masuk dan tekan tombol "G"untuk ke Ground floor.

Tetapi entah mengapa, lift yang dia naiki itu terus naik ke atas. Ketika sampai ditingkat 59 lift tersebut berhenti. Dan pintu lif terbuka kemudian masuklah seorang perempuan yang kelihatan sungguh cantik dan menawan sekali sambil tersenyum manis. Dia takpernah melihatnya sepanjang bertugas di KLCC. Perempuan tadi pun masukdan berdiri dibelakangnya. Dia tertanya-tanya didalam hatinya... Siapa perempuan itu,dan kenapa sudah lewat malam belum pulang ke rumah. Maudisapa terasa malu pula, jadi masing-masing saling diamlah. Dalamsuasana hening sepi itu, lift tersebut terus meluncur turun dari satutingkat kesatu tingkat.

Tiba di tingkat 13, lampu lift terpadam dan lift terhenti seketika, tiba tiba bau yang amat busuk menusuk ke dalam hidung nya, bulu romanya tiba-tiba saja meremang ... diapun mula membaca ayat-ayat suci yang terlintas di-ingatannya sambil memberanikan diri dan menoleh kebelakang setelah lampu lift menyala.Tiba-tiba saja, perempuan yang berada belakangnya ketawa .....dan segera berkata.....

"Maaf ya.... saya kentut.... Anda tidak marah kan ?"

-__________________________________-"

p/s : Gua rasa macam nak hentak je mamat yang reka cerita ni.

Tuesday, August 4, 2009

Chipmunk

hari ni gua bosan gila, gua selak2 gambar lama dulu. terjumpa lah gambar Yon menunjukkan bakat terpendam beliau. gua ingat lagi zaman sekolah ni. hahaha.



dari begini,


tiba-tiba jadi begini!

p/s : pecah perut doh Yon! haha.

Sunday, August 2, 2009

Sekilas Pandang

Pada tanggal 19/07/2009 saya bersama rakan sebaya dan kenalan dari forum lomo telah bertandang ke jelajah penyisihan (isolation tour) gig. Di sini ada beberapa gambar dari camera holga saya yang saya gandingkan bersama filem 120 Velvia 100.


(Madi)


(Izwan Omar, Montron, Madi, Eqbal)


(body surf~)


(Jo The Padangs)

EXIF
Holga X Velvia
Fotomega WM
Terima kasih daun keladi, esok lusa saya up lagi~