Sunday, December 26, 2010

Salam Perkenalan

okay, gua cuba buang kisah silam. no more flashback or whatever bla bla bla. gua sebenarnya takde benda pun nak taip. sekarang ni, gua busy dengan kerja. sorry la chicks di laman sosial gua.. tak dapat nak hello hello u all. kesian kat buah hati gua. sunyi je. gua bukan tak sayang. lu paham je lah sendiri gua macam mana. tak boleh nak tumpu kat lu sangat. gua bukan budak sekolah lagi. ok.

selamat menyambut krismas dan tahun baru. gua ingat lagi zaman gua sekolah dulu gua pernah lepak atas bumbung nak tembang brader boroi dengan misai janggut putih tu. geram gua. kasik hadiah kat budak dia je. kat gua tak kasik. demn.! :D


footnote : banding gua dgn PM pun gua busy lagi der..

Tuesday, December 14, 2010

zip it zipp ittt!

main rahsia rahsia best en? ehehehe. swinger sampai tua pun caiya gak weh! muahahahahaha.

Friday, December 3, 2010

Masa Lapang


gua sejak basikal dah takda ni, gua layan kayuh setempat je. wakakaka.


Sunday, November 21, 2010

Lu Sunat Tak?

hujung hujung tahun macam ni sangat biasa bagi masyarakat malaysia kita buat kenduri, ye dak? memang segala macam kenduri boleh jumpa bila hujung tahun ni. meriah betul. kenduri tahlil, kenduri kahwin, kenduri cukur jambul, kenduri kendara, kenduri segala kenduri ada. musim kenduri macam ni memang saat emas yang pemburu kenduri nantikan. makan free dok. buat muka selamba jalan jalan jumpa kenduri singgah. hahaha. memang muka tembok cina beb. maklum lah raya haji gaji masuk awal, tengah tengah bulan poket kering. muak jamu biskut petak sama air kosong. layan nasi minyak la baru cun.

satu lagi hal, hujung tahun ni. banyak budak bersunat. tapi zaman sekarang sunat moden. dah tak rare la bagi gua. zaman gua dulu tok mudim dengan misai, muka bukan main sailang lagi. semua budak takut. tapi gua je paling cool. paling semangat lah gua cakap kat lu. sampai bos gua pun tak larat melayan gua. gua ingat lagi time tu. gua baru habis tadika, tahun depan nak masuk sekolah rendah. darjah satu. kerap jugak la gua pesan kat bos gua suruh sunat kan gua. bos gua angguk kan aja dengan senyum sinis kat gua tanda dia iyakan lah tu dari tafsiran gua.

gua ingat sunat tu best siak, rupanya tak! pagi tu gua semangat bangun awal mandi mandi pasal itu hari gua nak sunat beb. kemain eksaited lagi gua. gua sunat sekali dengan sedara gua, ejat. tua dari gua setahun. ijat agak berpengalaman gua kira. pasal dia muka macam cuak cuak sikit time tu. senyap je. yang gua bergelak happy tak ingat dunia. sekali tok mudim lewat sikit. janji pukul 1pm. gua tanya habis atok nenek pak long pak ngah pak cik semua mana tok mudim. sampai gua nganjing lagi tok mudim. "pukul berapa tok mudim nak datang,?" "pukul 2" gua ulang ulang lagu tu sambil berjoget joget.

okay tok mudim sampai, gua betul betul eksaited nih. kitorang beratur panjang gila. ijat gua tengok amek side side belakang je. edi anak jiran tok gua selaku anak tuan rumah jadi orang first. gua yang kedua pasal semangat sangat. edi masuk muka cuak, keluar muka steady. senyum je kat gua. gua kira semua nya akan berjalan dengan lancar lah. turn gua pulak.

masuk je, gua nampak batang pisang. pisau segala peralatan tok mudim tu. gua dah mula resah. tingkap semua bukak kasi angin. abang abang semua pengang gua. suruh duduk atas batang pisang sambil cium limau kasturi, dalam hati selawat. dia suruh pejam mata. gua pejam. chill lagi. sekali dia pegang anu gua. gua terus bukak mata. semua terus grip gua. tok mudim kasi kepit terus ZASSSS! pergh. WARGHHHHHHHHHHHHHHHH! meraung tak ingat dunia gua time tu! baru gua sedar semua yang gua sangka kan pasal sunat adalah salah. gua diangkat keluar sambil tu gua meraung kuat kuat. yang lain semua muka terus pucat. kah kah kah,

Wednesday, November 17, 2010

Semoga Panjang Umur

sudah menjadi satu tradisi turun temurun bila birthday disambut dengan kocakan serta renjisan air longkang belakang tandas. hitam likat pekat berperisa dan segala macam pelaburan adalah isi nya. itu tradisi blok gua, lain blok lain cara pemerintahan dan pentadbiran nya. walaupun blok aku di asuh dengan pentadbiran ditaktor, namun bila upacara sambutan hari jadi di sambut, hilang semua ke-ditaktor-an tu. tapi masih belum dapat di-abolish-kan sifat korupsi dalam sesuatu pentabiran. itu gua dan yang lain masih mencari jalan penyelesaian cara profesional atau beradab dan penuh kesopanan.


okay sambutan hari lahir mesti lah menepati kehendak ini, birthday boy, geng saliran mata satu, serta senior sebagai pemantau. penyamaran supaya identiti tidak diketahui, itu salah satu bab dari Ilmu Medan Perang bahagian II yang masih kami aplikasikan lagi. bahasa isyarat tak diperlukan kerana musuh / birthday boy hanya seorang dan pasti tak kan dapat melakukan apa apa tindakan jika maklumat bocor ke pihak musuh.


ini sekadar preview untuk post gua yang akan datang, kasi trailer sikit untuk lu orang. isu birthday party ni gua harap tak sampai ke pihak yang tak sepatut nya. amaran keras untuk lu orang cuba men-download video yang bakal gua upload kan di episod akan datang. gua ingat kan ni, ini semua cuma gurauan. gurauan soldadu terlatih memang agak kasar pada zahir nya. semangat sorang salah semua kena jadi pegangan. sekian.

Monday, November 15, 2010

Chicks are drama. Love is
stupid. kissing is fun. getting
attached is pointless. don't
fall in love, don't get hurt.

Saturday, November 13, 2010

Desperados

Dia punya desperate sampai tahap kena jadi anynomous. Desperate gilaa. Ada sikit la gua rasa terkilan. Sikit rasa menyesal. Sikit rasa terbuang. Campur semua tu equal to loser la sng cte.. Loser gua boleh sama kan dengan.. Putus harapan? Ok give up. Bye.

Sunday, November 7, 2010

Abang Tiesto, Daft Punk, dan Seangkatan. Sorry

gua masuk club duduk belakang, jadi macam siput. entah kenapa feel gua nak sapel ke, tektonik ke, joget lambak ke, semua hilang. apa cerita? nak 2step tak berhagak la. gua dapat rasa sikit memang lepas ni gua tak masuk dah. geram der tengok chicks tergedik gedik. tapi sayang gua tak into disko disko ni. sorry abang tiesto, gua memang layan muzik lu. tapi dalam kereta je lah kot.

gua rasa kalau crowd kat club tu buat stage dive memang gua dah shuffle dah dalam tu.

buah tangan zaman gua true true dulu

Friday, November 5, 2010

Iron Maiden Dan Hatebreed

gua sikit terbakar bila Iron Maiden turun singapore tapi tak turun malaysia. kempunan gua nak tengok band legend ni. Hatebreed pun sama. cilaka betul la. sapa yang ada nak pergi tengok iron maiden tu, hello gua please. gua nak pesan buah tangan, buah kaki, segala macam buah la. ala nanti gua kasi upah lu ketum sebungkus. ahaha. but serioushit, im not joking,pepepepelishhhhh.

ini flyers Iron Maiden
ini pulak Hatebreed

hatebreed semalam dah jalan, tadi pagi dia turun johor lepak pekena lontong goreng kat batu pahat dengan gua. bepeluh sakan makan pedas. tak hardcore la kalau tak makan pedas derrr. hahaha. gua kasi selit la satu video iron maiden - the trooper X saving private ryan. baru ada rasa trooper!




Flashback

kisah lama ada pahit ada manis dia, dia la racun dia la penawar nya. gua cari lu bagai nak gila bukan pasal gua nak ejas lu balik, percaya la. walaupun memang gua ada niat macam tu kat lu orang. tapi gua kerat dua je lah niat tu. pasal gua sekarang memang takda passion dalam nak ejas lu orang balik. gua pun takda masa untuk senantiasa teman lu orang. itu pasal gua reject je niat tu.

*gambar lu orang gua kasik invi je lah*
buat sakit hati gua je tenung lama lama



alahai.. gua tak kebulur pun nak sambung atau cuba menyambung apa apa relationship yang pernah putus. cuma gua teringin bebenor nak tanya khabar. apa sihat ke mati ke, ye dak? mentaliti gua sebagai seorang soldadu terlatih masih steadyyyy. takda gf pun bukan gaji gua kena potong. untung untung gua potong kos untuk gf masuk akaun simpanan. ada rezeki boleh la orang tua gua naik haji dan hajah. ye dak. aminnn. :)

footnote : gua boleh bajet la chatbox gua mesti kena serang. eh, amacam kosa kata gua? teratur dan sopan kan kan kan? haha.

*kasi goreng lagu sikit, baru ada umph*

Thursday, November 4, 2010

Fizik, Gua, Dan Fizik Lagi

lu ingat dia sorang je cecah siku?

okay pengkalan gua tenggelam penangan hujan sehari suntuk, tambah empangan thailand pun bukak, elok dia punya tenggelam takat lutut sekarang naik sampai dada dah. gua suka, gua geram pun ada. suka pasal gua boleh gerak balik cuti. yang gua geram pasal habis kain baju gua dalam locker tu. demit. pertama kali gua jadi mangsa banjir. hilang mood habis. gua nak mandi pun tak semangat. dua hari lepak dewan gua ulang tayang prison break je. biasa lah gua kat sana macam dalam prison. kang gua pun nak buat tatoo blueprint tapak kem gua kat satu badan. senang nak fly.

banjir kan, so gua layan renang itik kejap, sedar sedar gua sampai kl. nasib tak lemas. memang gua tak dapat nak bayang perasaan lega bila nampak masjid jamek. tapi gua layan hanyut sampai sungai longkang tepi stesen lrt damai tu. dekat sikit dengan rumah gua. okay itu gua gebang.

bila balik kl automatik popup keluar dalam minda gua, ex ex ex ex ex, fedap la gua macam ni. sapa sapa tau format memori manusia nanti kasi hello gua. gua ingat nak format memori sama tambah ram. tak larat hafal formula dah ni. sampai tahap gua naik teksi pun gua suruh drebar tu teka brapa acceleration teksi tu. itu belum gua layan drebar treler, teketor ketor tekan kakulator bila gua tanya berapa average speed treler dia minggu lepas punya trip.

ini gua balik kl, kusut sikit pun ada. esok gua ingat nak hantar superb kasik setting dia punya suspension. kasi daya serapan dia tu umphh sikit time gua korner. takda la gua sibuk mengucap je time layan korner cecah siku. ini comfirm esok gua tanya macam macam soalan fizik kat pomen ah fai tu. dah la gua datang je kedai suruh gua angkat cbr 100rr. gua cakap apa pasal gua mau angkat itu moto? "itu moto amoi magnet maaaa, balu lu boleh bawak awek ride pusing satu townn!" celaka lu, nasib gua seorang yang penuh sopan santun serta teratur tatasusila nya. ingat gua kaki sapu amoi ke. cis.

gua bila ingat ex gua automatik ingat summer, gua benci summer.



Saturday, October 16, 2010

GBS

mat, handset hang beli berapa duit?

emm, 2 lebih gak la aku kena. rugi sial beli. sekarang 1.3 je kat kedai.

apa hat yang sempoi sangat handset hang tu selain touchscreen tu?

wuih, macam macam. market pun market, tapi paling best dia ada GBS.

ouhhh. GBS? apa tu?

ala yang tunjuk jalan tu. takde la aku sesat nanti.

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

Sunday, October 10, 2010

Black Pedal


gua sekarang into kepada benda ni, Dragon Boat. walaupun gua tak berapa reti berenang. hehehe. nanti ada fetival di putrajaya lu orang turun kasi semangat sama gua okay? wahahaha.

Saturday, October 2, 2010

Cyber Cafe Dan Milo Ais

time rehat lepas rembat nasik dengan susu rmt gua lepak belakang sekolah plan rancangan petang. bermodal kan rokok sebatang gua share dengan panau dan zarif punk. gua dan zarif punk pengawas. memang tak kan kantoi.

"wan, petang ni budak aku ajak lawan roundes. lawan kat tempat kau." ikhwan hingus bukak game petang nih. tapi gua tak ada feeling nak layan roundes pasal sekarang tengah musim perang. aktiviti petang gua dihabiskan di cyber cafe sri rampai. ala yang edisi siasat suka terjah tu..

"panau, ikhwan hingus ajak lawan roundes petang nih. macam mana?" gua tanya panau kelsmet dan ahli budak blok G1.
"ala, apa bodo la dia tu. orang sekarang layan perang dah. maalas aku."
"habis la maruah blok kita" gua balas lagi.
"ala geng geng junior ada, hantar diorang je"
"ok. takdahal."

so petang tu gua, panau, dan zarif punk gerak ke sri rampai. kitorang pakai jalan shortcut. jalan hutan. memang jadi port budak ponteng sekolah. bukan sekolah rendah. tapi menengah! itu time gua gelar brader2 punk tu abg abg gengster. terdiri daripada budak r10 dan budak kem gua. nama yang famous masa tu, Buyung punk, anip mudhoney, sarawak ibanez lah apa kentang jadah lagi nama gua tak ingat.

petang tu memang gua dah bajet akan selisih punya brader brader tu. gua bagitau kat panau dan zarif tapi diorang degil jugak. panas, lalu hutan boleh hisap rokok lah kejadah wak lu.

macam yang gua bajet, dari jauh gua dah nampak kelibat brader2.
"weh weh, tu do diorang ada kat depan dohhhh. camne nih!" nampak jelas sekelompok budak berbaju band punk berseluar sekolah sambil rokok di tangan leka bermain pokdeng. "tak pa kita try je lintas buat bodoh. aku kan anak buah buyung." zarif buat kering.

gua dengan panau dah debor gila dah time tu. memang peluh bercerau lah gua cakap lu. duit kasi simpan dalam spender dulu. takut takut kena spot check.

makin lama makin kami dekat, sekali dah nak lintas.
"woi! korang nak g mana ni?" tanya brader din rongak
"errr, nak g sri rampai bang" gua jawab simple cuak walabeng.
"duit ada? aku nak duit, kalau tak aku hentak ko" ugut din rongak
"takde bang, kitorang nak pergi jalan je" zarif cuit gua dengan panau
gua dah dapat tangkap dah plan dia nih.
"kalau aku check ada macam mana?" din rongak dah bangun pulak. cis.
"errrr.. errr.. kalau ada kami lariiiiiiii!!" zap zup zap bukak langkah la gua.
gua lari sambil berdekah tambah cuak macam kena kejar dengan anjing.

kitorang dah selamat tapi.. \
"bodoh kang nak balik macam mana doooohhh!!" panau terus buat muka semperit meluah kan isi hati cuak beliau.
"ah relax aku ada plan" nasib gua terlintas plan bodek time tu.
"kang balik kita tapau la milo ais sebungkus sama roti canai 3-4 bijik camtu. mesti dorang tak marah kat kite." gua bagi cadangan. panau dengan zarif follow je.

lepak cc layan cs, cari knowledge jadah sume. terus singgah mapley kasi order buah pengeras untuk hantu hantu poteng sekolah tu.

hehehehehe, "panau ko sakit hari tak diorang pow kite?" "sakit la, penat aku simpan duit, rembat nasik rmt (rancangan makanan tambahan) time rehat. senang je diorang sapu." balas panau. "meh sini milo ais tu jap"

kroohhhh hepppp kruhhhh krakkk tuih! hehehe... kami gelak jahat time tu. puas.

footnote :
ini petikan kenangan gua masa darjah 6 di SK Desa Tun Hussein Onn.
sekarang nasik rmt(rancangan makanan tambahan) dengan susu free ada lagi ke kat sekolah rendah ek?

Friday, October 1, 2010

....

"A million words would not
bring you back, I know
because I tried, neither would
a million tears, I know because I cried"

Monday, September 27, 2010

Saturday, September 25, 2010

Cerita Pasal Cyborg

(cyborg, dan keling jiwang)


(lu boleh cam mana satu beliau)

satu intake gua tau Cyborg memang kuat mengamuk,
padam rokok guna lidah, suka buli izz-zzat siput.

tapi gua rasa lu orang tak kenal Cyborg yang betul.
lu pernah tengok katil dia sebelum dia tinggal kan untuk ke kelas?
pernah lu orang dengar suara dia bila bercakap dengan awekss?

pergh gua cakap lu, tilam cekang tahap gaban. lu lambung syiling boleh lantun balik lah!
putih berseri, blanket dilipat rapi. bantal takda air liur basi, cadar tak kuning.
locker lu jangan cerita, kotak rokok surya dan dunhill tersusun baik. kenapa simpan? buat kenangan sebelum mati kena kanser hati katanya.

baju iron siap, bukan iron biasa. siap ada side lagi tu. tajam je hujung baju.
kasut kulit kilat, rambut cun, sideburn cantas paras. pendek kata beliau memang tip top dalam pengurusan diri ni gua cakap lu.

*gua dapat rasa seminggu lepas dia kawin bini dia masuk wad pasal kena belasah dengan dia.
atas alasan tak menepati piawaian askar. kah kah kah kah kah.

ok habis, gua baru angkat sneakers baru. wooot wooot. Nike SB Donatello. dah deadstock beb. memang rare lah gua lepas nih. yess.. haha.


Thursday, September 16, 2010

Monday, September 13, 2010

Facebook dan Hitch Hiking

sedutan di dalam kereta. "haritu kawan akak cakap dia duduk area sini jugak, tapi akak lupa belah mana dia bagitau. baru jumpa dalam facebook.." mak tiri gua bukak topik untuk dibual kan dengan mak tam gua. "hah, tu la facebook ni kalau takda tak jumpa la kawan kawan lama. ada sekali tu maktam jumpa balik kawan sekolah. dah lama tak jumpa rupa nya duduk satu taman. hishhh geramm je." mak tam gua balas dengan positif. "tu la, dulu dengan sekarang dah lain. gaya pun dah tak sama mana nak cam kan." mak gua tambah sikit. maktam gua angguk saja tanda setuju. "ni esk lusa open house mesti ramai ni, semua dah akak invite." kata mak gua. "sama la dengan maktam" nasib baik nenek gua tak berapa nak into sangat facebook ni, kalau tak. memang jejak kasih gila lah!

itu hari gua ada cakap gua nak hitch hiking ke kampung kan? lu ingat gua tipu ke. nih gua haplod sikit kasik bukti. ini time gua tumpang treler nak ke kulim. yang kat econsave tu gua tumpang uncle antar sayur jap. nak masuk taman gua takkan nk pakai treler. gila. gua kasik lu orang usha gamba gua dengan treler cukup ah.

Saturday, September 11, 2010

zomg! zilemma.







PARAMORE - THE ONLY EXCEPTION

"You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception"

Thursday, September 9, 2010

1 Hari Sebelum Raya



Firstly gua nak ucap kan selamat hari raya kepada semua yang menyambut nya, terutama sekali fan fan gua. haha, bajet gua boleh buat fan club dah ni. chaish! kepada yang masih di atas highway sambil baca coretan gua nih lu jangan lupa jeling jalan. kang eksiden dah lu salah kan gua pulak. ini semalam punya cerita.

macam biasa gua habis kelas tepat jam 1400H. gedebuk gedebak hentak kaki skot jump suma siap pukul 4 gua keluar pagar base gua. cun pulak time tu pun member gua dah sampai depan pagar jemput gua. fuh, kurang kurang save dah peluh gua nak menunggu dia.

then gua pergi rumah dia letak barang kain baju gua. sarung jeans sarung t-shirt hatebreed cap ayam, Setangkas kilat kami tembak ke port "baik". oh gua lupa nak bagitau. hari ni gua tak puasa tau. jangan tanya gua kenapa. lu sebok apa gua yang tanggung. sambung balik. "hang makan dak lagi pa'an" bisik gua kat tepi lubang helmet beliau. "belum! aku dok tunggu hang la sampai tertidoq tadi.. takkan nak balaih sorang.. mana syok.." jawab pa'an dengan nada yang agak ala ala menjerit serupa gua 5 batu jauh. ingat gua pekak ke. mungkin keadaan atas motor yang berangin kot. whatever lah.

skritttttt! pa'an tekan brek disc belakang dia macam nampak hantu kat depan. "woi! hang pasepa dok brenti tengah jalan ni woi! barua sungguh!" gua sound sambil membetul kan helmet. dengan selamba pa'an keluar kan dua benda dari poket beliau. lantas di cucuh dengan selamba. "hang memang kuang ajaq... anak aram buleh.." spontan carutan demi carutan gua tembak. "hang mau ka tak mau? takmau aku nak simpan" tanya pa'an. gua pun tarik sebat cucuh sekali.. nasib gua memang tak puasa. kalau tak.. "la ni kita nak pi mana ni?" "kita p makan laaa" "nak makan celah mana?" "celah bedah!hahahahaha" lantas satu tamparan deras naik atas helmet mhr beliau. "sattt la hang ikut ja.." pa'an cuba memberi jawapan yang buat gua rasa tertanya tanya kemana arah kami.

kejap kejap kami naik atas ban sawah, lepas tu selit jalan hutan sikit, masuk dalam kawasan perumahan naik atas jambatan tau tau masuk kampung mana tah. nampak jelas rumah kaler kuning. "ni hang nak p rumah sapa? rumah membe hang ka?" tanya gua "hang ikut je la.." pa'an jawab selamba. "ok" gua masuk rumah ikut pintu depan keluar pintu belakang sekali tembus kat kedai makan! gila laahhhhh. makan macam kat kedai biasa tu, order air. amek nasik amek lauk. habis makan layan rokok sebatang dua. memang gua tak sangka. lepas setel kerja jahat kami pun angkat kaki.

"sampai tahap lagu tu sekali noh pa'an" "alahhh, kat sini semua style lagu tu.. itu aku tak bawak hang makan kat dalam hutan lagi" memang gua terasa kejutan budaya gila. ye lah bulan puasa kot. ---* habis.

lepas poyo poyo macam puasa kat rumah pa'an. setel buka puasa. gua siap siap nak bertolak ke stesyen bas dah. terus kami berdua ke rumah uncle gua di Alor Merah ambil tiket bas gua. "08/09/10 11:30PM TARIKH DAN JADUAL TIDAK AKAN DIUBAH" ok gua faham. kami pusing Pekan Rabu, City Plaza, dan kedai kedai yang ada di aloq staq tu, sempat jugak sweet sweet awek kat sana. dah setel jam tunjuk pukul 2230, dengan cergas pa'an memecut Yamaha LC berkapasiti 135cc meninggal kan segala moped di atas jalan.

"ok pa'an selamat hari raya." "ok wan, kirim salam sama pak am, (bapak gua)"

PLATFORM 11 itu platform bas gua. gua punya tunggu punya tunggu, tak timbul jugak. gua pergi kaunter bas tu, dia kata 0015H baru bas sampai, ada problem katanya. ok gua akur. tapi gua tambah resah gelisah peluh becerau dah bila gua tengok jam dah pukul 0015H. tapi bas tak timbul jugak. gua tambah geram, update update status gua di facebook banyak dipengaruhi perasaan gua malam tu. lepas sebatang, sebatang surya gua cucuh. last last gua nampak kelibat bas double decker lintas, JELITA KBW 66.. itu bas gua! gua usha jam, 0100H. celaka!

bas tu berhenti je gua terus terkam, malas nak sound brader tu dah. kang gua banyak tanya ada bertumbuk tepi tu. "ni bas nak p kl ka?" "ha ni, mai tiket" separuh tiket gua dia suruh simpan, "bro ni 5A punya sit tang mana?" "ikut adik, dok bawah buleh atas buleh" "ok" gua terus ambil port bawah. tapi sekali tak tenang sial.. ada pulak geng vietnam celah mana dok sembang. tak tenang gua. gua naik atas.

bila gua naik atas yang gua nampak takda sapa, fuh! gua tersenyum bila usya port belakang takda sapa langsung. melompat gua kebelakang dalam kedudukan baring terlentang. gua pejam kan mata.. tenang.. dalam tenang tu gua terlelap.. lama lah jugak bila gua bangun gua nampak kat depan macam dah jem. cilaka.. takkan gua sangkut dalam jem kot.. tunggu punya tunggu.. sekali lori kobis terbalik tengah jalan da.. besepah kobis tengah jalan. dah macam hujan kobis. kepala drebar tu pecah, tangan angkat peace. okay itu gua tipu.

gua sambung tidur bila jalan dah jadi smooth. tapi gua tak sedap hati, rasa tak sedap gila bila gua dengar suara perempuan. pergh! memang suara tak seram. suara manja manja je. gua bangun untuk cari dari mana datang bunyi tu. gua dapat aim dah satu seat tu. gua berani kan diri bila fikir balik bulan puasa mana ada hantu. kan? dengan penuh debor gua kalih kalih sekali ada satu couple laaaa... cilakak.. macam mana gua boleh tak perasan. "sorry der sorry, ingat kan hantu tadi" boipren tu buat muka senyum sambil hulur tangan. "selamat hari raya.." gua senyum jek.
sambung tidur, agak dah nampak signboard shell jalan duta gua terus sound brader drebar tu suruh tinggal gua kat situ. pasal memang situ port boss gua sita gua. senang nak access katanya. layan... sekian selamat hari raya.

Tuesday, August 31, 2010

Merdeka?

photo via ; amat safuat

gua ingin mengucap kan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 53 walau se-sood mana pun negara kita. gua tetap berbangga dengan pencapaian negara kita. tahniah malaysia.

"merdeka!, merdeka!, merdeka!," suara skot gua memecah kesunyian tepat jam 0000H malam semalam. esok cuti, malam ni forum perdana kami wujud kan supaya tak kebosanan. muka muka faveret malam tu sudah pasti muka muka biasa geng depan, ganu, mie, angah, tak ketinggalan cyborg. "malam ni nak cerita apa? kering topik nih buddy." tanya ganu sambil balut rokok sebatang.

masing masing pandang sesama sendiri, angah nampak tengah asyik ber-text-ing dengan awek beliau. sedang mie tercari cari kurma lebih buka puasa tadi. tiba tiba datang satu suara "malam ni malam dosa.." kata cyborg sambil menghirup megi kari berapi extra. slurpppp. "awat? pasepa pulak?" serentak soaalan tu keluar menerpa cyborg balik.

"malam ni kan malam merdeka.. memang hari dosa la jawab dia, bukan kira bulan puasa ka dak." selamba gaya cyborg yang kekenyangan sambil baring terlentang kepedasan. masing masing angguk tanda setuju dengan jawapan cyborg. "aku tengok hang pa dok mesej lah, call la, 24 jam busy dengan awek. rasa rasa la, malam ni awek hang pa pi mana? aku tau dah depa pi mana.." tanya cyborg, terkedu semua. "betul tu borg, mesej lambat reply, call tak angkat. nak tido awal lah, malam ni pening, la tak sihat bagai" selit gua, lantas cyborg senyum sampai angkat ibu jari tanda satu pendapat. ----* masing masing terkedu.

"ala.. hangpa dok layan awek sangat nak buat apa.. baziaq saja, tengok macam aku relax ja..." tiba tiba mat ketum join sekaki. "dari hangpa dok baziaq duit tu baik sedekah kat aku buat beli daun. esok lusa hang pa jugak nak isap pun bila da sengkek." tambah mat ketum sambil menghirup air ketum,fuhhh.. di sulam bersama balut yang tak berapa nak bob marley sangat. masing masing masih terkedu. diam seribu bahasa.

5 minit lepas tu, gua pusing satu blok cari surya buat hisap sambil layan milo suam. setiap katil ada kelibat dok tecongok kat hujung katil bersama rokok sebatang.. mental! hahahaha. korang dok rumah, awek dok rumah jugak ke? siapa yang tau? ye dak ye dak?

"sapa dia rembat daun aku!!!!! baruaaaaa!" suara mat ketum memecah keheningan pagi tu bila lupa mana dia letak daun dia.

Friday, August 13, 2010

shoegasm!

I recently ordered a pair of sneakers, he he he. it is Adidas ZX800 X Foot Patrol from the adidas aZx seriessss. I think this is actually 'real' hobby, ya la gua rasa tenang lepas dapat kasut baru. kalah nikmat makan beb. cakap banyak pun tak guna, tembak pun tak kena. ini ada gua kopi paste sikit review untuk renungan. woooot woooot.

To pay homage to their classic ZX line, Adidas created the aZx series, a series of ZX sneakers designed by several hand picked premier sneaker shops from across the globe. Each of the collaborators within the aZx series were charged with designing their favorite ZX style however they saw fit. Each of the collaborators within the aZx series represents a letter in the alphabet including the Rivington Club (R), Major DC (M), Wood Wood (W), Limited Editions (L), Foot Patrol (F), and many more.

For their part in the aZx project, London's Foot Patrol selected the Adidas ZX800. Applying their now trademark colorway that they have skillfully reinterpreted on several over the collabs, the "Foot Patrol" Adidas ZX800 features a Light Blue upper with Purple and Yellow accents. The Foot Patrol hits come at the lace lock and the heel. Taking their design up a step, the "Foot Patrol" Adidas ZX800 features a completely reflective upper.

The Adidas aZx series is set to touch down very soon at very select Adidas accounts worldwide.


what the FOOT dude!

a years back

when i was a kid, i had an ambition, i wanna be a photographer, a good photographer. i wanna do what i like, what i love. but life isnt good like what we think. i know about it and i cant do anything, reality is full with cruel. sacrifice, imma through all this thing by myself. im weak...

but when i was in standard 2, my ambition is to be a soldier. how? haih.
setiap ayat yang dilafaz itu doa. i think they were right after all.

Thursday, August 12, 2010

pssst, lu! sini kejap.

sebenarnya gua malas nak berceloteh, tapi gua gagah kan jugak kali ini. untuk kenang kenangan lah konon. untuk pengetahuan lu orang gua sekarang dah ada bini, anak sorang, sebuah rumah semi d tak berapa mewah, sebijik kereta keluarga, sebuah superbike, dah sebuah basikal. okay semua tu gua tipu melain kan sebuah basikal. itu saja harta yang gua ada. tapi gua perlu kan wang untuk meng-upgrade kan nya. banyak orang msg gua tak reply. sorry gua busy. tak sempat. gua memang betul betul nak tolak basikal gua ni. so, kalau ada sapa2 yang nak tolong sangat sangat kasi sound gua. di kesempatan malam pertama puasa ni gua harap masih ada yang berkenan kat basikal gua ni.. setakat ini saja untuk malam ni. oh gua tengah cuti ni. sapa2 nak lepak kasi hallooo ok.


lu orang click sini untuk gambo dan detail basikal gua. SINI!
017-2077857

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Berpuasa!

alhamdulillah pejam celik pejam celik kita dah start puasa, gua harap takda lah gua dengar ada yang kena angkut dengan van jenazah, usung atas keranda, or apa2 yang seangkatan dengan nya. di kesempatan gua hapdet ni jugak gua ingat nak susun sepuluh jari kaki, eh tangan. gua nak mintak mahap dari ujung rambut sampai ujung kaki. kira 0-0 la. malas nak kira panjang. kan? lagi pun lu orang dah besar panjang, pandai pandai la fikir sendiri mana baik buruk, mana pahit mana manis. amacam first day puasa? best gila! ok habis. takat ni dulu. salam.

footnote : sekarang lu orang kalau jumpa gua lu orang kena speaking london! faham? wahaha

Saturday, July 17, 2010

good bye homies, cylist, im homesick.

(holgarama, dataran merdeka, zaha)

selamat tinggal kuala lumpur, good bye ma homies, good bye rakan sikal, good bye rakan sebaya and good bye semua. ahaks. oh basikal gua dah tolak kat zaha. nak buat ker semejid kata nya. *semejid - masjid

Its kind of funny


gua kena tengok ni. serious. hehe

Friday, July 16, 2010

Vans New Era Biru Sampah



bukan ini yang gua nak sebenarnya.. tapi.. mr wallet gua cakap yang ni je untuk bulan ni.. gua nak suicidal tendecies punya edition! ffaafafafafafafafafafakkkkk. tak dapat biru tu, gua angkat biru cani pun jadi la.. dem.. dengar cerita kang membe gua nak bawak masuk barang best.. sape yang agak2 scene sama dengan gua tu.. halo halo la gua.. ahaks.

footnote. letih satu kl gua riki line.. last gua angkat kat krookz je.

kepada Team Edward

gua sebenarnya kurang layan pun twilight twilight ni, dulu gua tgk pun pasal gf gf gua gedik ajak tengok. kalau tak sorry la beb. bila gua tgk. gua rasa gua lebih ke arah minat jacob la. gua anti bella. edward lagi la. so time gua sedap2 chat gadis2 fb tiba2 ada membe gua kena tag. memang gua senyum kambing je usha gamba ni. lu pun mesti rasa puas ah.



footnote : amacam? best en? kalau gua banyak duit. gua nk terbit versi edward jd mcm ni.

Limited Edition Bell & Ross Skull Watch: Instrument BR 01 Airborne Talisman Watch

kalau gua pakai ni, baru kena gaya.. muka gua dah la ganas (ganas lah sangat en) pastu gua buat gaya macam kaki belasah orang sikit, jam tengkorak. baru budak budak takut dengan gua. ahaha.



yang paling best pasal jam ni


glow in the dark! gila kool mcm mat kool kot..

Thursday, July 15, 2010

this is cool!


http://www.getgrossedout.com/

this entry is empty


Facing forward to the future,
Doesn't mean forgetting the past
Learning from the memories that hurt me,
Is how I make them last...

She's Got A Boyfriend Now

gua macam poyo gila kalau layan lagu ni en. tp, ah gua peduli apa. gua dalam proses nak ubah perwatakan dah pun. lu orang tgk je la nanti. LU tgk je! ahaks.


i wish i could turn this car around, but she's got a boyfriend now! ahaks.

Wednesday, July 14, 2010

Super Mario Bros. Crossover

benda alah ni la gua layan tiap kali takda kerja. haih. dah macam budak kecik dah. tapi best jugak lu orang terasa macam zaman sekolah rendah. main mario ke contra ke, sambil minum susu free rembat budak budak rmt punya susu en. ahahaha. gua rindu pulak kereta dash, dragon ball, etc etc.



footnote : lu orang tak rasa macam nak main gasing ke, guli ke, polis sentri ke?

Raleigh Fixie Conversion



for sale : rm700
msg / call me 017-2077857 (azwan)
thanks.
semenjak dua menjak ni keadaan perasaan gua agak kurang terkawal, mungkin luar gua biasa, tapi dalam lu orang bukan tau, gua sorang je tau. gua harap cuti cepat habis. tak sanggup gua nak layan jiwa cinta gelora gua ni. makin lama makin parah dah gua rasa. baik gua balik kedah cepat cepat. dan pasal tu la gua tak habis2 layan laman video youtube je. lenguh pulak menaip. haih. zzzzzzz

Tuesday, July 13, 2010

HAPPY BIRTHDAY!


not today, it should be on 17 July. Just my initial wishes cause im afraid that I will not be here anymore. So, happy 16th birthday. I hope that you will be happy with what you do, what you choose, for your life. I apologize for the mistake I did, you do not have to state my apologies. I just hope to see you again. bye.


me sucks!

its okay dear, it okay. :)

malas gua nak cakap banyak



gua sembang banyak pun tak guna.

Monday, July 12, 2010

Tuesday, June 22, 2010

celoteh gua dan maggi

entri tanpa tajuk cukup simbolik dengan maksud kosong, atau lebih tepat gua tengah kosong. Kekosongan yang mungkin dapat di isi dengan slot slot yang lebih berunsurkan komedi. Seperti lawak bodoh, lawak pandai, karaoke, berbasikal, membuli, prank orang. Oh cukup sampai disitu. Tak perlu gua hurai panjang lebar aktiviti yang boleh buat gua gembira. Apa? Girlfriend? Apa maksud lu? Teman wanita atau kawan perempuan? Ah teman wanita konon. Dating, makan malam, texting, movies, hadiah. Semua tu cuma wayang saja. Baik gua bagi semua tu dekat kawan wanita. Walaupun seorang kawan gua tak perlu nak ikut protokol bila berbicara dgn mereka. Hah? Alamak megi gua dah kembang. Ok habis. *Slurp* *slurp* :).

Tuesday, June 8, 2010

Saya Dan Kerjaya

kemana gua lepas ni? gua tau lu orang mesti tertanya2 kemana hala tuju gua lepas ni kan. ini gua kemukakan misi gua lepas ni,

1. mesti terpacak di Base Ipoh pada 100610 sebelum jam 1800
2. 110610 bas dari ITAS akan datang sita gua
3. gua akan melapor di ITAS.
4. komfom dorang inform dorm, dan kemudian..
5. sesi berkenalan dengan senior... yes.. yes.. yes..

bayangan yang bermain dalam kotak minda gua sekarang ialah,

1. side roll atas penyidai baju
2. crawl dalam longkang, bawah katil.
3. mengemop skill back crawl
setakat ni itu yang gua mampu bayangkan. tak cukup lagi ni.
gua tambah satu lagi.

misi menjadi ayam jantan? 0500 cangkung atas locker sambil berkokok?
terbaiyekkkkk. tak sabar gua menghitung hari untuk melapor diri.

notakaki : doa doa gua selamat dari cengkaman zionis senior.. aminnn.

Sunday, June 6, 2010

ini cerita adik gua

ini bukan cerita kedai kopi, tapi cerita adik gua. gua ada 4 orang adik. adik bradik gua semua nya hero hero, takdak heroin. tak ranggi la brader. gua ada 2 adik kandung dan 2 adik tiri, tapi semua gua layan sama rata. time hentak gua hentak time gelak gua gelak. tiada kompromi kalau budak2 ni berurusan dgn abang long diorang. gua nak cerita pasal adik gua paling muda. gua nak cerita pasal perubahan sebenarnya. gua start dari yang muda lah.



nama dia muhd aqil bin nor izham. muda lagi, 3 tahun. kalau dulu sebelum gua pergi dia senyap je. jarang bunyi tapi sekarang. bukan main pot pet mulut. tak cukup dgn tu tahap kecerdasan adik gua ni berada di tahap maksima, pasal budak2 lain semua kecik. beliau sorang yang bosa, kira geng giant ah dia ni.



yang ini pulak muhd adam bin nor izham, dari gua pergi dia kepeng, gua balik pun kepeng lagi. lu orang hulur la benda makan apa pun. kalau dia taknak tu, memang itu la pengangan beliau sampai bila2. dia punya kepeng sampai adik gua yang bongsu pulak sound2 dia. tapi kot mana pun gua nampak dah dia punya kecerdasan pergi kat lain.. iq beliau gua nampak ada aura2 adi putra sikit.. ehehehe.



ini muhd aliff bin nor izham.. kini sedang mengaji di skdtho, darjah 2 gua rasa budak ni. ini la adik gua paling kuat makan, dari kecik sampai besa. ko hulur la apa pun semua dia ngap!. tiada masa yang bukan masa makan bagi beliau. asal lu tanya lapar ke, guarenti dia jawab lapar punya. ahahaha. gua pergi dia besar, gua balik pun dia makin membesar. beliau mendapat title big fat mini dalam family gua.



transform!



haaa, ini saat yang gua tunggu2. point guaa nak cerita ni sebenar nya nak cerita pasal adik gua yang sorang ni la. memang perubahan dia gua nak tergelak pun ada, rasa iri hati ada, rasa bangga ada, (walau pun tak kembang hidung) tapi kembang dada sikit.. ehehe. nama dia muhd amirul asyraf bin nor izham. tingkatan tiga dah dia ni.. dulu badan dia sikit punya kembang gua cakap lu. serious takda auta. sekarang sekepengggg je gua tengok. kalau dulu sikit punya sivik. kini tiada lagi. gua rasa masa gua takda dia pergi upgrade version ni.. gua malas nak cerita panjang. lu tengok sendiri perubahan beliau.

notakaki : pecah perut bai bila gua jumpa gambar ni.. gua pasti esk lusa tulat tonggek pasti gua akan merindui suara2 bingit budak2 kecik ni..

Friday, June 4, 2010

CASIO G-SHOCK GA-100 “Three-Eye”


CASIO G-SHOCK update their roster of watches with the unveiling of an all new style, the GA-100 “Three-Eye”.While the “Three-Eye” approach isn’t a new one from CASIO G-SHOCK, the GA-100 is an update to the design. The watch features a large sized bezel with a combination of both traditional analog time-telling as well as two digital displays. The first series of GA-100s include a blacked out version, and a white/blue version.

berkat usaha dan titik peluh gua, dapat jugak tgn gua merasa bendalah ni..

Saturday, May 8, 2010

hapdet tahap kesihatan dan fizikal gua.

gua tak tenang tiap2 hari kena hanyak, lagi nak habis lagi kaw dia hanyak gua. kalau gua duduk sebelah kuil hindu mesti lu orang ingat gua nak pergi sembahyang kat sana. -_-" cis. cilakak. hai, dah nasib badan. terlepas gua nak g dabel trabel. ingat gua nak panjat je pagar lari g dabel trabel. tapi, tak berbaloi.. hahaha. :) sekian.

Sunday, April 18, 2010

Salam Perantauan,

"hangpa mai sini susah2 nak buat apa, banyak lagi benda lain hangpa boleh buat kat luaq tu woi, dok kampung tolong makpak noreh pun lagi baguih. mai sini hangpa bukan boleh layan pun. side roll sana, foward roll sini, tiap pagi makan kuih gulung. kena penyepak penerajang dengan jurulatih. akhir kata baik hangpa balik je la!"

sedutan dari msg bawah katil aku, memang tertekan sedikit pada mula nya. tapi bak kata orang tua aku, "hidup ni kalau hang tak pulun, bila lagi nak maju?"

sekian.

sekadar selingan petang,