Monday, September 28, 2009

Buah Tangan Dari Kampung


(Taiping With Love)

dah sampai KL rindu pulak gua kat kampung. dem~

Sunday, September 27, 2009

COUNCIL OF DOOM (Fixie) Fixed Gear Trailer Teaser Movie

LOMORAYA 2009!



agak agak lu tu pengang camera lomo, moh kita beraya sekali.

TERROR : Live In MALAYSIA!



JUMPA LU ORANG DI SANA! OK, BYE.

Monday, September 21, 2009

Penyabar Dan Pemaaf

Lu orang baca baik baik, Kalau kita ditanya mengapa harus sabar dan mengapa harus jadi pemaaf maka kita harus punya jawapan yang betul-betul kuat dan tertanam dalam-dalam di diri kita. Betul kan? Kalau tidak, akan selamanya kita terumbang-ambing dalam liku-liku kehidupan ini. Bukankah kedua sikap tersebut sesuatu yang baik?

Kalau begitu, kenapa harus menjadi sabar dan pemaaf ?

"Bersabarlah dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah"
"Jadilah engkau pema’af"

Sabar dan menjadi pemaaf adalah sebuah perintah ! Itulah dasar mengapa harus menjadi orang yang sabar dan pemaaf. Menjalankan perintah-Nya adalah bentuk ketaatan kepada-Nya, sebuah pengabdian kepada-Nya, yang adalah representasi dari tindakan berpegang teguh kepada agama Allah. Bukan gua dah berubah, gua cuma terfikir.


notakaki : sekadar renungan buat gua dan sekalian umat.

Sunday, September 20, 2009

Deez Nuts Merch



gua kempunan lah pulak. meleleh air liur gua. sampai terbawak bawak ke mimpi. langsung tak lena tidur gua. demmmm it! gua harap ada la hamba allah nak bagi duit raya kat gua. -_-"

Saturday, September 19, 2009

Dari Gua Buat Semua


Muhammad Azwan Naim

Memandang kan baju raya tak sempat siap, nak ambik gambar berbaju raya pun tak boleh, video gua buat peminat edisi raya arahan Azri_Fi tak dapat di tayang kan selepas ditapis oleh Lembaga Penapis Filem (LPF). Memang gua hangin betul, jadi ini saja ikhtiar gua yang terakhir. gua serta kan sekeping foto buat para pembaca bersama ucapan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat Mak Bapak, Lady HAHA (che' Kiah), Atok Nenek, Sedara Mara, Rakan Taulan, Bekas Gelpren, Bekas Kawan, Bekas Housemate, Bekas Classmate, Bekas Guru, Bekas Lecturer, Bekas Kosong, tak ketinggalan juga kepada Lomokids. 0-0 ya?

Ucapan Selamat Hari Raya


Buat Mia yang ku gila kan sejak pandangan pertama,

" Hey babe. Sorry for any wrong doing the past. Sometimes people are too arrogant to realize their mistakes and how annoying they are toward other people. So yeah, im sorry. :/ Selamat Hari Raya. :) "


notakaki : dekat gua tak nak pulak lu hantar macam ni?

-



gua tak tau nak letak tajuk apa untuk entri kali ini, mungkin agak sopan kalau gua nama kan ini sebagai Majlis Suai Kenal Ahli Sosial Boi? haha, gua keluar shopping tingkap bersama Atan dan Teman beliau. itu saja untuk hari ini.



notakaki : selamat berhari raya.

Friday, September 18, 2009

Chelaka!

Lu orang pernah tengok kuda champion gua tak? ala yang kaler biru spotrim kuning tu.. 125z no plet AEY 8676. lu tau tak gua dah melepas? no moto gua naik 1st prize. ces, nasib bulan puasa!. kalau gua tikam ni boleh jugak gua upgrade jadi yzf R1 ke, CBR 1000 ke,... cibai. lu tgk je lah gambar ni.




notakaki : damn~!

Tuesday, September 15, 2009

Gua Rabak II

sesampai nya di rumah, jam baru pukul 12, kejap lagi pukul dua gua dah janji nak keluar dengan che'kiah. demm.. balik balik memang lenguh, gua ingat nak bantai snooker jap dua jam. boleh pulak mata gua taknak lelap. memang mencarut tak henti2 gua selama dua jam tu, habis makhruh puasa gua. haha.

last last gua terlelap jugak.. bangun bangun dah pukul 3! check henset gua ada 28 misscall. gua dah dapat agak dah sapa misscall ni. Che' Kiah! gua setangkas kilat bersiap. nak keluar boleh pulak hujan lagi.. gua redah kan aja, takut lambat. padahal memang gua dah lambat. -_-"

nasib che' kiah isi masa lewat gua tu dengan jalan2 kat lowyat dulu, takda la gua kena marah sangat. misi utama sebenar gua dan che' kiah turun kl nak beli kasut. gua dan beliau pun bergerak ke Pavilion KL.

gua sampai Pavi gua tarik che' kiah masuk nike dulu, gua kena segar kan mata dengan emek. gua ingat ada la emek2 baru. sekali emek 1 yang dah basi je ada.. kurang segar gua lepas tu. kitorang terus pergi extreme, ada Macbeth.. angkat sepasang.

pusing balik pergi klcc, bukak puasa, layan hindustan kat taman klcc..

notakaki : pak guard klcc suka potong stim beb.

**********



che' kiah kempunan Macbeth Tegan And Sara dia dah dapat.



gua kempunan emek 90 ni ada sapa2 nak sponsor?? haha.

Monday, September 14, 2009

Gua Rabak I

gua balik dari IKEA pun pukul 12 pagi, hati gua tengah semangat nak panjat bukit tabur bersama teman yang lain. gua tahan sampai pukul 2. mata gua dah rabak, gua tahan kan aje. pergi mcd sahur sahur, seingat gua penganjur janji jam 4 nak gerak. nak tengok sunrise lah kata kan. gua pun tunggu, sekali bukan penganjur yang datang.. hujan kemain lebat dan makin lebat yang datang. mata gua tambah tak tahan. dapat selimut time ni memang sedap! gua tahan kan aje mata gua yang dah macam tengah stoned ni.

(ihsan gua)

hujan tak berhenti sampai jam 5pagi.. gua msg penganjur, tanya on ke idak. penganjur cakap nak tanak kena pergi jugak, untuk tebus kemaluan katanya.. gua ikut kan aja. last last jam 6 pagi baru gua dapat calling suruh turun bawah, ada hummer 3 bijik sedang menunggu. setangkas kilat gua turun...


(ihsan digitalAzri)

tinggi tak tinggi la jugak bukit tabur tu, gua tgk semua semangat berkasut. nasib bukan gua sorang pakai selipar, bush pun berselipar. sejuk hati gua tgk ada geng. pendakian di mulakan.. semua kemain semangat memanjat, ditemani anjing yang memang gua rasa old timer kat sana sebagai tour guide kitorang.



gua panjat punya panjat baru tingkat 1. demm, tapi, gua sampai jugak tingkat 8 kot.. port baik, view pun baik. bush terus tido, pekena surya atas bukit sedap woo, ada pulak 100 plus.. pergh.. meleleh.. tapi tu semua gua tak fikir. gua kan PUASA! :D



dah puas lepak kat atas gua dan yang lain lain turun, terketar ketar dah lutut gua ni ha time turun, bush sampai parkinson, azri mencarut carut, syimir kental bantai karok tengah hutan. sampai bawah kitorang gerak terjun mandi sungai. memang refreshing..



bersambung..

footnote : view memang layan.. angin kat atas tu kalau lu orang buat tido memang hidup dalam mimpi beb..

Sunday, September 13, 2009

Lomokids di IKEA

report gua majlis berbuka puasa di ikea,


(ihsan Azri Tabligh)

gua ke IKEA dengan Alia, Ema, dan Syimir. terima kasih syimir sponsor transportasi gua. hari ni gua main lompat group, gua join group baru. Skuad Perodua pulak. sampai saja di destinasi gua dan ema terus ke fodkod, gua mengharap paluan kompang dan para peminat minta otograf gua. tapi hampa. tiada satu peminat gua yang tahu gua ke ikea harini. demm.


(ihsan dari emabakarmerah)

azan pun dah dekat, hilang semangat gua, perut pun sangap rokok. makan tak sedap. nasib eskem layan. walaupun makanan kureng, tapi sambutan lomokiddos amat memberansangkan. group photo kemain, nganjing kemain, bedekah2 gua tengok budak budak tu. habis group photo gua dan yang lain2 ke mapley kayu kot. lepak pekena nescafe ais sechewen. layan budak budak bincang pasal din beramboi. telinga setan lah, din beramboi baca paper lah. bedekah lagi, tak habis habis.


(ihsan digitalAzri)

nescafe pon dah abes, tunggu apa lagi balik la.. thanks jibam sponsor ayor.

notakaki : rugi lu tak ikut beb!

Tuesday, September 8, 2009

This Is The Truth

Are you really here or am I dreaming

I can't tell dreams from truth

for it's been so long since I have seen you

I can hardly remember your face anymore


When I get really lonely

and the distance causes our silence

I think of you smiling

with pride in your eyes a lover that sighs


If you want me satisfy me, if you want me satisfy me

If you want me satisfy me, if you want me satisfy me


Are you really sure that you’d believe me

when others say I lie

I wonder if you could ever despise me

when you know I really try

to be a better one to satisfy you

For your everything to me

and I’ll do what you ask me

if you’ll let me be, free


If you want me satisfy me, if you want me satisfy me

If you want me satisfy me, if you want me satisfy me




p/s : hilang habis BRUTAL gua! damn..

Monday, September 7, 2009

Sedar Tak Sedar

gua dah collect point banyak dah ni. cukup jugak nak buat beli bianchi sebijik, siap dengan aerospoke depan belakang, setting 44-16 pun gua rasa dah cukup dah ni. layan bukit depan rumah gua sampai meletup tayar pun gua tak kisah tapi jangan cerita berapi hasil hampeh. mula mula jenama jepun lepas tu jenama jepun lagi. Gua makin lama makin segan tengok perangai budak budak sekarang, pergi kelas baju tak tukar tukar, apekejadah nak di bangga kalau ilmu tu pun orang suap? demmm~ curse on you mann. gua tak ajar member gua makan tak basuh pinggan, belagak harta orang, merosak harta benda pinjam, ungkit dengan cara keras. memang lu tak nampak gua, tapi gua tiap-tiap hari updated pasal lu.

notakaki : lu orang jangan la contohi benda macam ni.

Tuesday, September 1, 2009

IMYSFDM

LINK

i miss you..
i miss you..
i miss you..
i miss you..
i miss you..
i miss you..
i miss you..
i miss you..
i miss you..
i miss you..
i miss you..
i miss you..
i miss you..
i miss you..
i miss you..
i miss you..
i miss you..
i miss you..
i miss you..

-____-"

SORRY

SOOORRRRRRRRRRRRRRYYY :(

footnote : time ni jugak remote gua hilang. damn..

[WTS] SIGMA 70-300 DG MACRO (canon mount)



gua sekadar tolong member je.
condition 9/10.
ada sebarang pertanyaan lu orang boleh msg gua.
017-2077857

sekian.