Friday, July 31, 2009

Gila Stencil!






PATUH!

p/s : dah terpengaruh dengan obey lah ni.

Thursday, July 30, 2009

D.I.Y Basikal Anda Atau Mati!



gua mencari frame basikal tua, siapa siapa yang dah nak buang tu mintak sangat roger gua dulu. gua nak beli. lu orang mesti pandang hina kat gua kan nak main benda benda nih. haaa, lu orang belum tahu lagi feel main bendalah ni.



lepas baca link ni gua makin bersemangat. memandang kan budjet yang kurang. gua pun tak mampu nak beli frame Colnago, Bianchi, dan sewaktu dengan nya. mungkin gua sanggup jual camera gua untuk basikal ni. haha.

p/s : harap basikal tua belakang rumah Eq masih ada lagi. haha. aminnn.

Kedah Darul Aman

beberapa minggu yang lepas gua sekeluarga bertandang ke sungai petani melawat rumah di sana. agak membosan kan walaupun baru tiga hari disana. tapi hidup sana memang tenang..
gua ada sedikit buah tangan dari sana.. jemput..







EXIF
Holga X Fuji NPS
Fotomega Wangsa Maju

p/s : selebih nya di MySpace

Wednesday, July 29, 2009

[WTS] Honda CBR 919 & 929 RR

abah gua nak let go moto dia.
gua tolong up kat sini.



HONDA CBR 919 - 1999
CONDITION TIP TOP
SINGAPORE REGISTER
MRA WINDSHIELD
FOOTREST RACING
COE 2014
TYRE BRIDGESTONE BATTLAX - 70%
RM 19k (nego)




HONDA CBR 929 - 2002
RM 18K (nego)

apa apa lu orang contact je abah gua.
019-8874098 izham.

Monday, July 27, 2009

Baju Kotak Kuasa Dua

sabtu lepas, gua pergi kl. rambang mata gua tengok kemeja kotak kotak. terdetik hati gua untuk praktik kan ilmu hisab cikgu gua ajar dulu. gua pun berjalan dari KLCC - Pavilion - BB sambil berjalan mata gua liar menghitung, 1 demi 1 mulut gua tak lepas dari mengira. kira kira 359 orang kotak kotak gua jumpa. satu penemuan mengejut kan. ini boleh kalah boria ni.



cheers

p/s : hahahaha

Sunday, July 26, 2009

Good Luck

gua ada sorang kawan dari zaman sekolah dia nak belajar kat LKW. ape cikgu tanya semua dia jawab LKW. haha. sekarang dia dah gerak dah pergi belajar kat sana, course fashion design. harap harap dia berjaya. senang nanti gua nak kawin ada kawan boleh sponsor. wahahaha.


p/s : selamat maju jaya weh. sukses sukses.. haha

Thursday, July 23, 2009

OBEY POSSE




www.obeygiant.com

GOOD NEWS FOR LADIES!

ive got good news for u all. today a friend of mine just ask me to promote her website which is selling vintage goods! its good news for vintage chickssss out there, feel free to visit
http://historicalgoods.tumblr.com/

p/s; sekali sekala gua pun nak pratice speaking london jugak. haha

t-shirt Preeee. haha

hari ni ada budak payung wa t-shirt. wa nak ucap terima kasih sgt lah. wa nak ucap depan depan wa segan. ye la. wa kan brutal. hahahahahahahahahahaha.


Tuesday, July 21, 2009

kemalangan

malang tidak berbau, hari ni gua on the way balik rumah gua kena laggar dengan teksi !@#$.. kena langgar lari pulak tu. terpeleot gua dekat tepi jalan 10 minit orang tengok baru nak tolong. LOL. kaki gua dah bengkak gila ni. esok baru gua nak pergi buat sinar x-ray.. harap tak patah.

Sunday, July 19, 2009

Isolation Tour, Nike SB, Dan Kucing

Report hari ini.

Hari ni gua dengan Montron, Eq Sikit, dan Madi KURUS pergi ke isolation tour kat mcpa. Mr.Krukk pun pergi jugak tapi dia tunggu kat mcpa. pukul 12 camtu tak silap gua dia dah ada kat mcpa. Sebelum ke mcpa gua ke Times Square sebab nak usha zon5, cari OBEY THE GIANT. Dah setel teros gerak ke mcpa. melepet jugak la gua rakan2 dan mr.krukk kat sana. Cerita pom 1pm-till death.. start nya tah pukul berapa.. masa yang membazir tu gua luang kan bersama dengan yang lain lain untuk keluar shoot shoot. nanti gua up hasil dia. Habis shoot patah balek mcpa, gua jumpa pulak dengan Bush, lama tak nampak dia. Last time youth09 je. Lepas tu gua bertegur sapa dengan Yassir yang pada mulanya gua ingat mamat poyo mana usung awek tuh. haha. :P Gig start gua tengok mosh crew bersepah sepah, gua layan time the padangs. sempoi gak. lepas tu gua ingat gua ada sing along lagu naratu, "PUKIMAK KAU BABI ANJING, BERANI KAU MENIPU AKU!". haha. puas beb..

Dah setel mcpa, kami pun bergerak pulang ke rumah. Singgah rumah Eq sebab kasut sudah sampai.! :D haha. Tapi, hari ni gua jadi pembunuh sial. On the way sikit je lagi gua nak sampai rumah Eq, sekor kucing celah mana datang lari depan gua. "PRAK!!" Gua dah menjerit macam nyah kena hentak dah time tu. Gua pandang belakang kucing tu dah tergedik gedik tengah jalan, darah meleleh2.. saw gila do.. Itu time serba salah gila siot. last last gua tunggu dia betol2 arwah gua tutup mata dia angkat letak tepi jalan.. sian siot.. :(

Setel hal langgar gua pun sampai rumah Eq.. Eq pun turun dari superbike Madi buat gaya macam nak balek rumah teros.. kimak gila.. Nasib baik abg dia dan dan je panggil aku soh amek kasut. haha. :D Nike SB Casino Asbury.

p/s: korang tak rasa nk pijak aku sbb bunuh kucing comel? heh. -_-"

psycho GF I,II,III

im sick, this is for you. think of it if u have a brain. LOL







sorry lambat.

Saturday, July 18, 2009

Left 4 Head! :D

khas untuk peminat game Left 4 Dead. haha

Friday, July 17, 2009

swine flu... :(

baru baru ni, gua asyik batuk, selsema, sakit tekak, sakit kepala, rasa macam nak demam.. gua ingat gua kena pergi jumpa doktor la.. tapi gua takut jumpa doktor..
hishhhh.

p/s : kalau kena h1n1 bapa lama boleh hidup kat dunia ni ye?

Thursday, July 16, 2009

Samseng Jalanan?

Hari ni, nyaris gua nak kena electro-shock dengan cina gila mana tah.. begini ceritanya, macam biasa gua dan partner gua pusing area pandan jaya nak hantar dokumen. gua bawak slow la sambil mata liar cari signboard jalan.. kereta putih melepak, plet baru lg WS* ***. tiba tiba hon tak berenti2. lepas tu cina tu potong sambil mencarut carut.. membe gua pun carut mencarut kembali. cina tu panggil, tapi dia tak berhenti.

memang silap la, gua drop gear terus pecut pergi sebelah kereta cina tu. sakit telinga gua, member gua nak carut, itu cina nak carut. sapa nak dengar? tiba tiba member gua dah bediri atas moto ready nak hayun helmet. cina tu buat gaya nak elak padahal takde apa2 pun. aku hanya diam terseyum tgk cina tu menggelabah.

tiba2 tah dari mana sekali cina tu bawak keluar benda macam telefon bimbit, tapi ada bunyi bzzt bzzt. mau tak terkejut gua. gua teros berhenti tepi jalan sambil tengok cina tu berlalu sambil jari tengah keluar dari tingkap kereta nya.. membe gua dah hangin satu badan. tp, dah memang cina tu tak de rezeki.. dia jalan depan sikit je traffic light merah.. gua laju2 pergi sebelah kereta dia prakkkkk.. cermin sisi kereta tu tergolek tengah jalan bersama visor bogo.. hahaha.. gua u-turn cina tu ready dengan bzzt bzzt dia. dia sempat acah je..

pengalam gua hari ni, buat gua faham apa bapak gua pesan.
"hang jd despatch tu jangan dok pi bergaduh pulak"
masa tu gua baru nak start kerja.. hari ni baru gua faham..

p/s : ini ha benda yang bzzt bzzt tu kalau tak silap gua.
http://graphics8.nytimes.com/images/2007/10/08/us/taser.533.1.jpg

Wednesday, July 15, 2009

WR 400 SUPERMOTARD





gua suka berangan bila la gua nak merasa pulas throttle moto ni.
gua ingat kalau gua kena nombor 1st prize gua nak angkt bnda ni lah!
main tikam seposen pun tak pernah ada luck, ada hati nk menang nombor.
-______________________________________________-"

p/s : moto ni best wooo..

Monday, July 13, 2009

Hobi baru.

Sekarang ni, mana gua pergi. Selalu kalau selisih mesti gua pandang muka dulu. Tapi sekarang tak lagi. Selisih je sapa sapa, gua mesti usha dari bawah dulu. Haha. Gua sudah addicted. Dengan hobi baru ni gua rasa gua dapat la hilang kan rasa gelisah, kusut, merapu gua sebelum ni selepas peristiwa mamat skate tuh..
:Dhehe.

Selain obses dengan camera dan lomography. Sekarang, gua obses dengan sneakers pula.Gua dah tak kira, rabak macam mana pun. Gua sanggup, dari berhabis msg kancik.Baik gua saved buat benda ni.
:D hehe.

Sunday, July 12, 2009

Mari Berpantun

Pantun merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas dikenal dalam bahasa-bahasa Nusantara. Dalam bahasa Jawa, misalnya, dikenal sebagai parikan dan dalam bahasa Sunda dikenal sebagai paparikan. Lazimnya pantun terdiri atas empat larik (atau empat baris bila dituliskan), bersajak akhir dengan pola a-b-a-b (tidak boleh a-a-a-a, a-a-b-b, atau a-b-b-a). Pantun pada mulanya merupakan sastra lisan namun sekarang dijumpai juga pantun yang tertulis.

Hari ini gua nak berkongsi pantun gua jumpa masa lepak dengan abg google.


Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser dikandung tanah
Ultraman yg baik dikenang jua.

Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro.

Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksasa
Badan dan kepaler dier Ultraman ‘fire’kan.

Kajang Ultraman kajang berlipat
Kajang Raksaser mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Neos datang membantu.

Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Lampu Ultraman nyaler.

Mengata dulang paku serpih
Mengata Raksaser
Ultraman pulak yang lebih-lebih.

Sudah gaharu cendana pula
Sudahlah kalah di’fire’ pula.

Orang berbudi kiter berbahaser
‘Fire’ diberi pada raksaser.



notakaki ; teringat zaman gua kanak2 dulu, batak gila gua kat bendalah ni. sytlo gila.
http://www.japan-toy.com/ultra-m78/images/lunchgoods/500-straw-waterbottle-speed.jpg

Saturday, July 11, 2009

ha ha ha (merapu)


(rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu)

Pagi ini gua tenang walaupun,
  • fikiran melayang
  • gelak sorang sorang
  • tekak kering gila
  • lapar nak mampos
  • kepala berat
Ha Ha Ha Ha Ha Ha Ha.
gua tak tau apa gua merepek.

notakaki ; bundle kat kedah caiiya caiya doh!

Friday, July 10, 2009

SIAPA SEBELUM NURIN?

SIAPA SEBELUM NURIN?

Apa yang telah berlaku kepada Nurin Jazlin Jazimin merupakan satu peristiwa yang telah mendapat perhatian seluruh negara. Kesakitan dan penderitaan yang dialami oleh kanak-kanak yang hanya berumur 8 tahun ini tidak dapat dibayangkan. Begitu juga dengan trauma yang terpaksa dihadapi oleh ibubapa, adik beradik dan keluarga arwah Nurin Jazlin, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Sedarkah kita bahawa kejadian culik, rogol dan bunuh ini bukanlah perkara yang baru tetapi sebelum ini ada beberapa kes lagi. Kebanyakan kes-kes ini melibatkan remaja dan kanak-kanak.

Pada 18 Mei 1999 Audrey Melissa Bathinathan, 17 tahun telah dijumpai berhampiran Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur, tempat beliau belajar. Hasil bedah siasat mendapati mangsa telah dipukul di kepala, dirogol dan dijerut lehernya. Noor Suzaily Mukhtar, 24 tahun telah ditemui di Taman Bukit Tinggi pada 7 Oktober 2000 Klang. Mangsa telah dirogol dan bunuh dalam sebuah bas ekspres dan mayatnya dicampak di sebuah jalan di kawasan pembinaan Taman Bukit Tinggi, Klang.

Pada 23 Oktober 2000 Nor Shuhada Borak, 6 tahun ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman tiga tingkat jenis townhouse di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan. Mangsa dipercayai telah dirogol sebelum dibunuh. Gadis berusia 17 tahun, Farrah Deeba Rustam dirogol dan dibunuh di bawah jambatan jalan masuk ke Kampung Tersusun Batu 2, Jalan Lama Bidor-Tapah pada 14 Februari 2001. Mangsa mati akibat dijerut dengan menggunakan tali.

Nurul Hanis Kamil telah dibunuh dalam semak selepas pulang dari sekolah di Serkam Darat, Merlimau, Melaka pada 3 Julai 2001. Sementara itu seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dirogol dan diliwat sehingga terkeluar usus oleh dua remaja berusia 19 tahun tahun ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Bukit Maluri, Kepong pada 13 Ogos 2001. Norshakila Ramli Choo, 6 tahun telah dirogol sebelum dibunuh di Taman Tasik Permai Ampang pada 1 April 2002.

Seorang pelajar sekolah menengah telah ditolak dari atas jejantas, ditendang dan dicekik sebelum dirogol di bawah jejantas Jalan Reko, Kajang antara jam 2.35 petang dan 4.00 petang pada 8 Oktober 2002. Mangsa mengalami patah tulang belakang dan nyaris meninggal dunia. Kaki dan tangan mangsa juga diikat ke belakang dan badannya ditutup dengan plastik hitam, mulut disumbat dengan stokin dan diikat dengan sapu tangan sebelum ditinggalkan

Pada 6 November 2002 Siti Nurliyana Shamimi Rosdi seorang kanak-kanak berumur dua tahun telah diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel di tebing Sungai Kedah, kira-kira 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus. Hasil bedah siasat mendapati ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain lebih 40 kesan luka pada badan. Mangsa juga mengalami pendarahan dalam otak dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.

Noritta Samsudin berumur 22 tahun telah dijumpai mati di Kondominium Puncak PrimaGalleria, Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada 5 Disember 2003. Mangsa dikatakan telah dirogol sebelum dibunuh. Pada 13 Jun 2003 Canny Ong lay Kian telah dilarikan dari tempat letak kereta Bangsar Shopping Center . Mayat mangsa ditemui separuh rentung di dalam sebuah longkang di tepi Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur .

Kanak-kanak berusia 10 tahun, Hasirawati Saridi ditemui mati dipercayai dibunuh dan dirogol ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah pada 8 Januari 2004.

Pada 17 Januari 2004 seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani telah dirogol, diliwat sebelum dibunuh di pondok pengawal stesen pencawang Tenaga Nasional Berhad Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor. Mayatnya ditemui berbogel tersandar pada dinding tandas pondok pengawal tersebut dalam keadaan mencangkung.

Mazny Abdullah dari Junjung, Bukit Mertajam, Pulau Pinang telah dibunuh pada 23 November 2004. Siti Syazwani Ahmad Dusuki, 9 tahun telah dibunuh selepas dirogol di Taman Rhu pada 22 Disember 2004.

Masih ingatkah lagi kita kepada apa yang telah berlaku kepada mereka ini? Bila membaca kisah Nurin Jazlin ramai yang merasa sedih dan hiba malah ada juga yang terkejut dan marah. Kita merasa perkara yang sama bila kejadian sebelum Nurin Jazlin berlaku tapi selepas itu kita lupa.

Sudah tiba masanya sesuatu dilakukan untuk mencegah daripada berulangnya kes-kes seumpama ini. Ketika ini ramai yang bercakap dan memberi pelbagai cadangan selepas apa yang berlaku pada Nurin Jazlin. Persoalannya bilakah pandangan dan cadangan ini boleh dilaksanakan? Bila pula kita sendiri akan mengambil tindakan untuk mengubah keadaan ini? Adakah kita hendak menunggu Siapa Selepas Nurin Jazlin baru ada kesedaran?

-------------------------------------------------------------------------------------------------
*this article was forwaded to me. it lists down a number of cases that occured in less than a decade before little Nurul Jazlin. it’s a form of reminder and makes you think what thoughts trigger one’s mind to commit an extremely violent and vulgar act of rape? whether it be a craving for power, a release of suppressed inner anger, or mental deficiency it is the ultimate act of violation. is there any action done by authorities to make raping as strict as a living hell as much as in possession of drugs in malaysia? i mean why are rapists punished by a bloody rotan while those who were caught in over-possession of drugs were hanged? i think you can see which is alot more "immoral". how can these sick individuals be dealt with? are there any answers? why is it that the cycle is ongoing? and what does the pissed off community, against the brutal cruel death of little Nurin Jazlin, can do to make sure that none of this shit ever happens again? OR IS THIS SOCIETY HEADING TOWARDS A "rape culture"?

*"Rape culture" is a term used to denote a culture in which rape and other sexual violence is common and in which prevalent attitudes, norms, practices, and media condone, normalize, excuse, or encourage rape or other violence against women. Within the paradigm, such a thing as "trivial" or "harmless" sexism does not exist; for instance, telling a sexist joke is interpreted as fostering a misogynistic disrespect for women and an accompanying disregard for their well-being, which can ultimately make rape seem acceptable.
-------------------------------------------------------------------------------------------------


notakaki : binatang macam mereka patut dihukum gantung... cilakak!

Saya Dan Mat Despatch

malam semalam gua terpikir, pejam celik pejam celik, dah sebulan gua menganggur. malu jugak tiap tiap hari duduk rumah perabih beras je. poket gua pun dah rabak gila ni. nak pow orang tua tak sedap pulak. so, tadi gua dah pergi mintak kerja. disebabkan gua rasa gua ni tak mempunyai kelulusan tiggi macam saingan gua tu, gua pergi mintak kerja despatch je.. haha.. bedal la buat sementara tunggu surat airforce tu. lagi pun sambil gua hantar surat, boleh jugak gua polish bakat azroy gua. dah lama gua tak merempit. haha.



lepas gua setel hal despatch, sepantas halilintar gua gerak evan. nak kutip film.. hasil kali ini tak memberansang kan langsung. dah la film gua film cacat. dah tu 5 je yang jadi gambar. 2 je yang boleh survive. damn.. -_-" pasrah beb gua hari ni..



gua balik je rumah, "wei hang bila nak pack barang!". Aduh, gua terlupa la harini gua nak gerak kedah.. cepat cepat rembat berus gg, baju dua helai, seluar dua helai. angkat laptop. pom. "SIAPPPP!". Alhamdulillah, 4jam gua ber-hibernate dalam mpv bapak wa. selamat sampai ke destinasii.. :D

Thursday, July 9, 2009

Holga up for sale

Im selling it on behalf of my friend,
She bought it last year, less than 1 year and rarely used.
Still in mint condition 9/10.
Set still in box but she had lost "The World Through A Plastic Lens" softcover book -_-"




Holga Starter Kit includes:
1. Holga Color Flash Camera
2. "AA" batteries
3. Opaque tape
4. Editorial poster
5. Full documentation
6. Strap

Price for the whole set: RM200. Do PM me or text her (017 354 6234)

Wednesday, July 8, 2009

oh diana i love you

Hi, hari ini gua nak kenal kan kat korang dengan soon-to-be gf gua. hehe... nama dia diana binti fadd.. aku dah lama jatuh hati dengan dia. tapi aku syok dekat kawan dia jugak.. kawan dia cool.. bercahaya dalam gelap.. aku dalam dilema mana satu aku nak tackle.. dua dua kaki kikis poket..poket gua bulan ni dah terbakar gak gara2 gf gua yang sorang lagi neh..

notakaki; barai la poket gua kalau macam ni..


Saturday, July 4, 2009

Carpathian Tour



190709 @ Carpathian tour - MCPA Theater Hall, KL


ada sapa sapa pergi?

Friday, July 3, 2009

Pukul Dua Pagi

"hang nak jadi apa ni, pukui dua pagi baru nak balik. hang igt hang orang senang ka dok usung laptop pi mamak wifi sana wifi sini, sembang kosong pukimak hang sampai dua pagi. kalau hang balik mai habaq kat aku hang dapat projek boleh buat duit tak pa la. hang jangan ikut aku, nanti hang menyesal, mana hat elok hang ikut, hat buruk hang pandai pandai pikiaq sendiri la. ni hang balik 2-3 pagi hang tak kesian kat mak pak hang ka? hang ingat balik, mak hang tu mengandung hang dari kaki besaq 2 jari sampai la ni. ni hang tengok pukul 2 pagi tak tidoq lagi, satgi pukul 6 nak pi reja dah. hang tak kesian ka kat dia. aku malas nak katok hang dah.. hang dah besaq, kepala otak hang tu reset macam umoq hang dah dewasa la, tak dak masa nak main main dah. hang nak aku layan hang macam budak lagi ka? hang nak aku pi hambat hang dari kedai mamak tu balek rumah?? hang tak malu ka? hishh.. pikiaq elok elok azwan.. kami sayang hang, hang tu anak sulung. kot la apa apa jadi kat hang, hang ingat senang nak bela hang sampai besaq panjang? nasib la aku dapat semua hero.. kot dapat heroin lagi pening kapla aku nak jaga. ni aku nak habaq, hang ingat balik Menyesal Dahulu Pendapatan, Menyesal Kemudian Tiada Gunanya.. "

Gua hanya angguk dan mengiyakan sahaja, kalau bapak gua dah berkata-kata gua memang tak berani lawan.. sekali lawan kang samurai keluar gua jugak tak cukup tanah nak lari..


Gua sedar gua tak hensem macam brad pitt,
Gua sedar la bibir gua iras iras angelina jolie,
Gua sedar poket gua sentiasa kering kontang,
Gua sedar gua bukan jejaka idaman gadis,
Gua sedar la gua ni bagai pungguk rindukan bulan,
Gua sedar lu dah bosan dengan gua,
Gua sedar la gua tak reti main papan luncur,
Gua sedar gua ni bodoh, sebab tu bapak gua suruh masuk askar,
Gua pun sedar lu mana hingin kat laki macam gua,
Gua sedar dulu gua mat rempit, samseng jalanan and so on.

Gua pun ada perasaan beb, Gua punya komitmen dekat LU 100%.
Bapak gua hari hari ketuk kepala gua, fikir masa depan,
Gua dah fikir, gua igt pesan org tua gua, fikir masa depan.
Gua tunggu LU sampai bila bila weh!

Nota : Lu orang faham faham je la kalau jam 1 pagi gua dah mengelabah nak balik rumah tu..

Thursday, July 2, 2009

DIET

BERITA TERKINI!!!!
berita baik untuk mereka yang ingin kan berat badan ideal!
bosan dengan perut boroi yang memalu kan diri?
ingin kan bentuk badan yang ideal?
anda tiada masa untuk senaman walau seminit?
mungkin anda ingin kan berat badan yang ideal?

kami ada penyelesaian!!
taipkan ON DIET dan hantar kan ke 22222

---------------------------------------------------------------------------

Kalau lah ada magic yang boleh buat benda ni jadi real..
kan senang hidup masyarakat pemalas bersenam mcm aku..
-_-"

Wednesday, July 1, 2009

Thundercatz The Movie (TRAILER)

Dibintangi oleh Brad Pitt (Lion-O), Hugh Jackman (Thygra), Vin Diesel (Phantro), Thunder thunder catt.. bila gua bosan gua boleh ajak membe lepak guna pedang gua je beb.. haha..
jemput makan trailer dye..




notakencing : lu orang dah kena kencing dengan kucing la.. haha.


I wish...


"Dear Azwan Naim,
I wish I was your favourite girl,
I wish you thought I was the reason you're in world,
I wish my smile was your favourite kind of smile,

I wish you would hold my hand when I was upset,
I wish you would never forget the look on my face when we first met,

Basically, I wish that you loved me, I wish that u needed me,
I wish that without me your heart would break,
I wish that without me you would spending the rest of your night awake,
I wish that without me you couldn't eat =P,
I wish I was the last thing on your mind before you went to sleep.

Look! All I know is that you're the nicest thing I've ever seen! =)

Happy 18 Birthday Azwan Naim @ B

Lots Of Love, Alissa. "


it's look likes some of those "wish" has come true.