Wednesday, November 17, 2010

Semoga Panjang Umur

sudah menjadi satu tradisi turun temurun bila birthday disambut dengan kocakan serta renjisan air longkang belakang tandas. hitam likat pekat berperisa dan segala macam pelaburan adalah isi nya. itu tradisi blok gua, lain blok lain cara pemerintahan dan pentadbiran nya. walaupun blok aku di asuh dengan pentadbiran ditaktor, namun bila upacara sambutan hari jadi di sambut, hilang semua ke-ditaktor-an tu. tapi masih belum dapat di-abolish-kan sifat korupsi dalam sesuatu pentabiran. itu gua dan yang lain masih mencari jalan penyelesaian cara profesional atau beradab dan penuh kesopanan.


okay sambutan hari lahir mesti lah menepati kehendak ini, birthday boy, geng saliran mata satu, serta senior sebagai pemantau. penyamaran supaya identiti tidak diketahui, itu salah satu bab dari Ilmu Medan Perang bahagian II yang masih kami aplikasikan lagi. bahasa isyarat tak diperlukan kerana musuh / birthday boy hanya seorang dan pasti tak kan dapat melakukan apa apa tindakan jika maklumat bocor ke pihak musuh.


ini sekadar preview untuk post gua yang akan datang, kasi trailer sikit untuk lu orang. isu birthday party ni gua harap tak sampai ke pihak yang tak sepatut nya. amaran keras untuk lu orang cuba men-download video yang bakal gua upload kan di episod akan datang. gua ingat kan ni, ini semua cuma gurauan. gurauan soldadu terlatih memang agak kasar pada zahir nya. semangat sorang salah semua kena jadi pegangan. sekian.

No comments:

Post a Comment