Thursday, July 14, 2011

Plan

apa khabar peminat gua di luar sana, lu orang mesti rindu kat gua en. lama gila gua tak update. bukan apa, hidup gua sekarang betul betul macam roda. kejap atas kejap bawah. kejap okay kejap tak okay. macam tu lah pusingan dia setiap hari.

okay cukup, lu orang pergi simpan balik pop corn sama minuman berkabonat tu balik, gua bukan nak buat cerita wayang sinetron kat sini. bulan puasa dah makin dekat. lu dah prepare? dah ready nak gi perabih moreh kat surau? hehe.

di sebab kan puasa dah dekat, gua takde cuti lagi. sibuk berganti ganti hari kerja gua. weekend gua kerja bai. dah saing saing nepal dah gua rasa. semua untuk cuti raya. jadi cuti raya gua ni kang gua tak tau nak buat apa kat rumah. gua bukan jenis kaki raya sangat. gua beraya dengan family, kawan kawan terdekat, juga rumah rumah gadis yang gua sayangi dan cintai separuh hati.

so gua ada plan nak bercuti, maybe untuk dua hari je. tapi gua tak pasti nak kemana. gua dah buat research sikit sikit port yang baik. ni gua list kan tempat yang gua nak singgah.

1. Tioman
2. Cherating
3. Langkawi
4. Hawaii
5. Miami

okay 4 and 5 tu gua tipu. so ada 3 je port yang gua rasa okay. dekat dengan kl and dekat dengan tempat pengkalan gua. erm, apa? lu orang nak follow? ehh sibuk ahh. gua nak pergi sorang. bahahahahaha. ha satu lagi, gua ada terbaca pasal spot spot menarik di kuala lumpur. bukan di lorong chow kit, bukan di complex ace atau rumah urut di bukit bintang ye. ini bar yang sambil lu sedut coke atau sirap ais tu lu boleh tengok pemandangan kl. setakat ni yang gua tau Luna Bar dengan Sky Bar je. bila gua buat review sikit sikit gua rasa sky bar lagi best. tapi luna bar pun best. boleh lepak kat luar kena angin sepoi sepoi beb. acaneeee. gua plan plan plan tapi karang habuk pun tak dak, pasal apa? pasal gua kan macam roda... fuck..


"I have never had anything in my life that I wanted to fight for so much"

No comments:

Post a Comment